Jangan Panik Bila Stok Susu Tak Cukup

Alhamdulillah... Lia tumpang gembira apabila dengar kawan-kawan yang dah lama berusaha nak tambah anak tercapai.  Ada yang bakal dapat anak kembar sepasang lagi. Lia pula yang rasa teruja. :-)

Biasalah bila borak-borak pasal baby timbul bab menyusu baby. Masing-masing yang dah bergelar ibu dan berjaya menyusukan baby berkongsi pengalaman mereka cara untuk maintain penghasilan susu. Lia masa tu dengar dan angguk je sebab masing-masing excited nak bercerita... ;b

Lagi sebulan Nawfal akan mencecah umur 2 tahun.  Alhamdulillah sehingga hari ini dia masih menyusu badan.  Pelbagai rintangan dan dugaan perlu dilalui untuk mencapai hasrat menyusukan Nawfal selama 2 tahun.  Paling tak dilupa semasa Nawfal sembilan bulan, Lia demam teruk.  Doc cakap demam virus tapi gejalanya seakan demam denggi.  Satu badan sakit sendi, sakit kepala, keluar bintik merah dan dehidrasi.  Setiap hari perlu repeat blood test. Huhu...

Selama lebih kurang sembilan hari Lia terpaksa stop mengepam untuk buat stok.  Sangat tidak berdaya dan suami pun tak galakkan sebab Lia makan ubat. Sayang kan... bila penuh sangat baru pam. Masa tu panik juga stok susu tak cukup. Anak lelaki yang sorang ni kuat menyusu.



Nasib baik waktu tu stok susu memang banyak.  Alhamdulillah :-) Pada waktu tu, Lia bersyukur sangat.  Hasrat yang tak tercapai semasa anak sulung insya allah dapat dicapai. Pilihan untuk menggunakan suplemen Shaklee bermula sewaktu berpantang dan seterusnya untuk perbanyak serta pekatkan susu memang berbaloi dan sangat berkesan untuk Lia.  ;-)

Sekiranya ada yang terasa sedang panik atau akan panik atau tak nak panik stok susu tak cukup bolehlah mencuba Milk Booster Set Shaklee secara konsisten.  Konsisten tu perlu tau... 


Jom tonton video nih.. pasti korang teruja... video yang boleh buat anda tersenyum lebar.. :) dan mungkin berkata "Inilah yang aku cari selama nih..." Kihkihkih....



Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.

Apa nak tunggu lagi.. Try slaluh!

Hubungi Lia untuk mendapat konsultasi percuma.

Whatsapp/Call/SMS : 019-2150710
ID : 921246
Facebook : Aliah Mohamad Nor
Fb Page : Liavendor Vitamin Shoppe 


Inginkan harga menarik? Jom sertai kami sebagai ahli Shaklee. Memang berbaloi..

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam.

Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan.

Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula nak buang.



Sup Ketam (Pic pinjam Mr. Google. Saya punya sup x sempat snap dah licin)

Resipi Sup Ketam Sedap

Bahan-bahan :

  • 3 ekor ketam besar (dibelah dua)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 4 ulas bawang merah (hiris)
  • 6-7 biji lada hitam (tumbuk)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3-4 cawan air
  • garam
  • gula melaka
  • daun sup
  • limau nipis
  • bawang goreng
Cara Memasak :
  • Tumis rempah ratus, lada hitam dan hirisan bawang sehingga naik bau
  • Masukkan air untuk kuah. Renehkan
  • Masukkan ketam
  • Perisakan dengan garam dan gula melaka
  • Siap dimasak bolehlah dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun sup dan perahan air limau nipis. Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba... Semoga dapat membantu menaikkan selera orang tersayang yang sedang sakit atau pun tidak. :)



Denggi Oh Denggi : Cara Alternatif Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni suami dah boleh kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti kerana demam denggi.  Alhamdulillah juga, hari ni juga Lia MC sebab suara mula tidak keluar, sakit tekak dan lenguh-lenguh badan setelah hampir seminggu menjaga suami dan anak yang demam :)  Maklumlah, bila Baby Tua sakit ni lain sikit gayanya.  Beban mula terasa apabila semua benda terpikul dibahu kita seorang.  Memang rasa tak sabar Baby Tua nak kembali sihat. Hihihi...

Denggi ni merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Tengok akhbar semalam pun isu denggi terpapar di muka hadapan surat khabar. Ia adalah jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang menyebabkan demam.  




Nyamuk Aedes


Minggu lepas, suami Lia disahkan demam denggi.  Kesian sangat tengok dia demam.  Dia jenis yang jarang sakit.  Kalau demam sikit-sikit tu biasanya tetap maintain cergas gitu.  Tak pernah tengok dia sakit macam tu. Dua tahun lepas, Lia dah pernah alami demam macam ni.  Tapi, time tu doc tak declare denggi, juz demam virus je.  Sakit sendi, pening dan keluar bintik-bintik merah kat badan masa tu.  Ngeri... Hihihi


Buat masa ni, masih belum ada penawar khusus untuk merawat denggi. Ia akan pulih dengan tindakbalas sistem imunisasi tubuh kita sendiri. Kadar kandungan air dalam tubuh hendaklah dikawal supaya tidak terlalu rendah, kerana denggi boleh menyebabkan kehilangan air.  Oleh sebab itu, doktor menasihatkan pesakit minum air kosong dalam kuantiti yang banyak.  


Semasa konsultasi dengan doktor hari tu, doktor kurang galakkan suami minum air 100 plus.  Sebab ada kandungan gula yang banyak.  Biasalah air bergas. Melainkan air 100 plus yang kurang gula.  Doktor galakkan minum air kosong atau jika tak lalu nak minum air kosong dinasihatkan minum air kelapa atau barli kerana ada sedikit perisa untuk tekak.  Jumlah air keluar dan masuk ni sangat penting bagi mengelakkan pesakit dehidrasi. 


Selain itu, terdapat beberapa kaedah alternatif yang Lia cuba sebagai ikhtiar untuk merawat suami.  Sayangkan suami mestilah ikhtiar segala macam kan! :) 


Rawatan Alternatif Merawat Suami Demam Denggi

  • Air Kelapa Muda 
  • Sup Ketam.  Petua orang tua-tua ketam nipah lagi bagus. Resipi Sup Ketam boleh rujuk sini.
  • Jus Daun Betik - tumbuk daun betik sehingga lumat dan saring untuk dapatkan jusnya.  Satu sudu kecil sudah memadai. Rasanya memang pahit.
  • Buah Kiwi - Potong atau buat jus
  • Jus Tembikai - Lebih bagus dimesin bersama bahagian yang berwarna putih. Buang kulit yang hijau je.  Resipi bapa mertua hasil pembacaannya
  • Air Klorofil 
  • Tidur Awal / Cukup - Tidur 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar di samping mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. Terdapat hadis yang menyatakan tidur merupakan jalan kesembuhan. Sekiranya orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, Insya Allah.
  • Suplemen Tambahan

Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Demam Denggi

Selain itu, Lia galakkan pesakit yang demam denggi mengambil suplemen tambahan untuk membantu proses penyembuhan.

Nutriferon
Nutriferon merupakan immune booster yang membantu meningkatkan tahap imunisasi tubuh bagi melawan penyakit.  Ia dipatenkan ekslusif bagi membantu mempertingkat interferon dalam tubuh.

Nutriferon amat disyorkan kepada mereka yang sering demam, selsema dan antibodi lemah bagi menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.



Performance Drinks
Performance Drinks dapat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.  Suhu badan yang tinggi boleh mengakibatkan berlakunya dehidrasi iaitu kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh.

Performance Drinks Shaklee telah terbukti dengan ujian klinikal.  Ia merupakan minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. 

Okaylah... itulah serba sedikit perkongsian Lia untuk hari ini.  Sharing is caring.

Bertindaklah sekarang sementara belum terlambat.  Selamatkanlah nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi boleh membunuh!

Apa tunggu lagi? Order sekarang!

Call/Whatsapp/SMS : 019-2150710
Shaklee ID : 921246

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik!

Kawasan COD : Cheras - Sungai Besi - Bukit Jalil 

Peminat Shawl : Jom Pilih Warna Shawl ikut tema Pakaian anda

Jom Pilih Warna Shawl Ikut Tema Pakaian Anda




berminat untuk mendapat shawl menarik pilihan anda.

Kami merekabentuk shawl mengikut warna pilihan ANDA

Promosi Berganda Shaklee September 2014 Paling Hangat

Mak aii... Bestnya promosi Shaklee bulan ni.  Double promotion tu.  Bukan aje untuk mommies yang GILAkan kecantikan tapi juga untuk yang NAK anak-anak bertambah SIHAT.

Bagai nak tersembul biji mata bila dapat mesej promosi Shaklee bulan ni.  Collagen Powder dan Mealshake.  Kedua-duanya produk yang boleh dikatakan terlajakkk lakuu....

Beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder dapat free sekotak.  Dengan hanya membeli 4 tong Mealshake dapat free satu tong.  Alang-alang promosi beli buat stok setahun terus. Hihihi....

Bukan sekadar dapat produk yang dibeli tu... Dengan pembelian set promosi bulan ni untung-untung dapat free membership registration dan dapat rebate bulan berikutnya...

Apa tunggu lagi. Sape nak try, order, rasa or ape-ape je boleh hubungi Lia....

019-2150710

Cara Atasi Rasa Takut Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi

Lama sungguh menyepi, jangan berkulat sudah blog momma ni, abang Aid oi... Hihi

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti... Lia pon bercuti, tapi tak la seindah mana.. Huhu... Ni hari kelima "berpantang" akibat minor operation buang gigi bongsu... Full stop! Bab tu Lia cerita kemudian.  Belom betul-betol sembuh seriau pula nak menyebutnya:-)

Hari ni, Lia nak berkongsi tips... Cara nak atasi rasa takut anak berjumpa doktor gigi... Ni daripada pengalaman Lia sendiri semasa kecil-kecil dulu dan hasil bacaan juga...

Tentu semua orang tahu kan, berapa ramai yang takut dan fobia nak berjumpa doktor gigi. Bukan aje budak kecil, orang tua pun takut nak berjumpa doktor gigi.. Kenapa agaknya ye???

Cuba tengok gambar ni, enjoy je si comel ni duduk di samping doktor gigi.  Mampukah kita mendidik anak atau diri sendiri agar tidak takut untuk berjumpa doktor gigi...


Berikut merupakan beberapa tips atau cara mendidik anak-anak agar tiada rasa takut berjumpa doktor gigi :

1) Menakut-nakutkan/Mengugut
- Elakkan daripada menakut-nakutkan atau mengugut kanak-kanak dengan mengaitkan doktor gigi.
- Contohnya : "Kalau makan gula-gula, mama suruh doktor cabut semua gigi adik"
- Dengan ugutan sedemikian, akan menakutkan anak terhadap doktor gigi.

2) Pendedahan Awal
- Bawa anak-anak berjumpa doktor gigi semenjak mereka kecil lagi.
- Elakkan perkataan sakit apabila berkenaan doktor gigi
- Jika ia merupakan pengalaman pertama anak anda, beritahulah doktor gigi tersebut.
- Sebolehnya bawalah anak berjumpa dengan doktor yang anda rasakan terbaik dan suasana klinik yang menarik untuk meninggalkan pengalaman manis buat mereka.
- Masa dulu-dulu, adik-adik Lia suka pergi Klinik Dr Tan.  Sebab, lepas cek gigi doktor bagi stickers.  (Nampak tak kesan psikologi kat situ)

3) Role Model
- Ibu bapa sebagai role model kepada anak-anak.  Biasanya anak-anak menganggap ibu atau bapa adalah hero atau pujaan mereka.
- Sekiranya ibu bapa ke klinik gigi untuk membuat pemeriksaan gigi, bawalah anak-anak bersama.  (Sesi lawatan sambil belajar)
- Elakkan menunjukkan rasa takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.  Ceritakan perkara-perkara menarik.

4) Membuat pemeriksaan gigi Berjadual
- Selalulah cek gigi anak anda dan bawalah ke klinik selagi gigi boleh diselamatkan.  Especially, gigi yang dah kekal.

- Haa, part ni teringat masa dulu-dulu... Lia dulu memang penakut yang amat pergi klinik gigi.  Tapi, Alhamdulillah sebab semenjak kecil emak heret ke klinik gigi aka kena paksa.  Gigi Lia pula paling banyak masalahnya dan complicated.  Huhu... Terima kasih emak, sebab selalu heret orang ke klinik gigi ;-) Samada rela atau paksa.. Sebab tu la, Lia yang penakut ni boleh jadi kalis nak jumpa doktor gigi.. I love u mom <3

Itu aja daripada Lia.  Jagalah gigi anda.  Selagi boleh diselamatkan, selamatkanlah. Jadikan mencabut gigi pilihan terakhir anda.  Sayangi gigi, senyuman berseri. Ngeeee :-D.. Cantik tak gigi saya... Ouch, lupa. Tak leh sengih luas-luas sakit...

Pesan emak # jaga gigi tu, jangan sampai pakai gigi palsu macam mak.  Tak sedap langsung. # Noktah. Titik. Fullstop.

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda...
Lia : 019-2150710

Cara Mengubah Tabiat Buruk Pasangan

Assalamualaikum... Hihi... Entry arini tentang cara nak ubah tabiat buruk pasangan anda.  Bila dah nama tabiat buruk, komfem anda tak suka kan.
Caranya mudah saja.  Jangan marah-marah, jerit-jerit atau membebel-bebel kerana lelaki/wanita memang anti benda tu semua.  Kita gunakan cara halus... Cara halus ni bukannya pegi jumpa bomoh bagai.  Itukan syirik...  Tak mau naa...
Apa yang dimaksudkan cara halus di sini ialah cari dan gunakan kelemahan mereka.  Contohnya, jika kelemahannya ialah anak-anak, jadikan anak sebagai umpannya.  Depends pada situasi anda.  Selamat mencuba dan semoga berjaya mengubah tabiat buruk pasangan anda. ;-)
Ini hanya sekadar contoh.  Alhamdulillah,semuanya ok.  Gunakan kreativiti anda.  Anda lebih tahu dan faham kelemahan suami anda.  Do ur best :-)

Bubur Beras Merah Bangkitkan Selera Anak

Assalamualaikum.  Hari ni Lia nak share resepi bubur beras merah kesukaan anak2 Lia.  Biasanya Lia guna beras putih je untuk dibuat bubur.  Tetapi Sebulan lepas Nawfal cirit birit dan muntah-muntah.  Berat badannya turun mendadak.  Kebetulan masa tu, pergi check up masuk umur  setahun.  Timbang 7.3 kg je.  Terkejut juga Lia bila tengok graf perkembangan dia menurun.  Nurse nasihatkan supaya Nawfal diberikan vitamin. 

Semenjak Nawfal cirit birit tu memang selera makannya menurun.  Bila disuap makanan dikoreknya balik.  Susu pun harapkan susu mama je.  Susu botol kat rumah pengasuh pun kurang.  Risau juga kan..

Kebetulan waktu tu balik kampung.  MIL cadangkan buat bubur beras merah.  Bila Lia cuba buat Nawfal tak suka sangat.  Mungkin sebab beras merah ada sedikit bau.

Mmm, puas berfikir dan mencari resepi akhirnya berjaya juga hasilkan resepi yang menambat hati anak-anak.  Seronok tengok mereka makan dengan begitu berselera.  Bagi sesiapa yang mencuba, Lia ada sertakan resepi.  Selamat mencuba.

Resepi Bubur Beras Merah Enak

Bahan-bahan :
1 genggam beras merah
2 genggam beras putih
Carrot dipotong dadu
Potato dipotong dadu
Beberapa ekor udang (utk rasa manis)
Cube pati ayam knorr
Sedikit serbuk rempah sup adabi
Sedikit halia
Minyak zaitun
Ikan tenggiri (perap garam kunyit kejap n goreng)

Cara memasak :
Ikan tenggiri goreng dihancurkan isinya.

Basuh beras merah dan beras putih.
Isikan air yang banyak + kesemua bahan kecuali isi ikan dan minyak zaitun.

Apabila nasi dah kembang (dah jadi nasi bubur) masukkan isi ikan dan minyak zaitun.  Selepas itu, boleh dimakan.  Letak bawang goreng lagi sedap. :)

Inilah hasilnya.... Nyumm nyumm nyumm

I

# Dapatkan vitamin Shaklee untuk tambah selera makan anak anda.  Hubungi Lia untuk konsultasi dan harga.
Call/Sms/Whatsapp : 019-215 0710

Vivix Bantu Atasi Pendarahan Akibat Cyst

Assalamualaikum.. Salam Dhuha kepada semua kawan-kawan yang Lia sayangi.  Alhamdulillah, diberi kesempatan waktu untuk berkongsi testimoni salah seorang pengguna Vivix, Shaklee. 

Ini adalah perkongsian seorang kakak aka rakan satu tempat kerja Lia yang telah menjalani pembedahan membuang cyst.  Lia sampaikan dalam bentuk cerita, kerana testimoni ini hasil perbualan kami.

Kak M mula mengambil Vivix setelah menjalani pembedahan membuang Cyst.  Setelah mengambil Vivix Kak M cakap terasa berberbeza dan makin sihat.  Yang paling menggembirakan Kak M ialah bleeding atau pendarahan yang sering keluar sewaktu 'bersama' telah tiada.  Ada suatu ketika, Vivix habis dan Kak M terlewat membeli bekalan Vivix, darah keluar semula sewaktu bersama.  Semenjak hari itu, suaminya berpesan supaya memastikan bekalan Vivix tidak putus.  Apalagi, terus Kak M register jadi ahli hanya untuk makan sendiri.

Apabila mendengar respons positif daripada pengguna Lia turut tumpang gembira. 

# Berminat dan ingin mencuba produk Shaklee?  Hubungi Lia untuk konsultasi dan harga. 
Call/Sms/Whatsapp : 019-215 0710

Cloth Pad Keperluan Semua Wanita

Alhamdulillah.  Akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk menghasilkan sendiri cloth pad.  Dah lama sangat teringin buat dan jahit sendiri cloth pad ni.  Tercapai juga hasrat hati ni.  Apapun Lia sangat teruja melihat hasilnya yang membanggakan diri sendiri.  Hihihi....  Tak sabar nak guna.  Tunggu 'peot' dulu lah ye... ;) ~ dah try pas jahit aritu sangat selesa dan lembut.

Setahun lepas kot, ada tengok- tengok kat kedai baby.  Belek punya belek macam kacang je nak buatnye.  Tuh yang terdetik nak cuba buat sendiri.  Apalagi tak tunggu lama, bila dah tengah berkobar-kobar tu terus la google 'how to sew cloth pad'... Mmm, macam- macam pattern dan cara ada.  Save je dalam laptop pastu peram sampai ntah bila nak buat. (Lia la tu... Lalallala)

Dua minggu lepas, hujung minggu yang terasa sangat malas untuk mengemas rumah dan melipat kain. Kihkihkih... Tapi terasa rajin dan teringin buat cloth pad yang telah terkubur dek kekangan masa. Nv50 Lia pon baru je pas servis.  Apalagi merempit la kerjanya.  Bertemankan dua orang anak teruna aka pembantu yang tak bertauliah dan 'guru' wajib iaitu Mr Google. Hihihi.. In case ada kekeliruan.  Mr. Hb pun xde buat program, lagi senang.

Susah ke nak jahit cloth pad ni? Mmm, senang je sebenarnya. Yang penting teknik yang kita pilih atau gunakan tu.  So, jangan risau tak menjadi.  Try n error, ubah mana yang patut ikut keselesaan kita yang memakai dan yang menjahitnya.  Hasilnya, berjaya la buat 4 keping dalam pelbagai teknik jahitan.  Itu pun selepas penat berperang dengan dua orang anak.  Nampak macam sama je kan.  Tapi teknik jahit lain-lain.  Pasni dah tau teknik yang paling senang dan cepat.  Ada masa Lia share cara menjahitnya dan bahan yang digunakan ye.

Inilah hasilnya....  comel je kan.  Colorful, kalis air, washable.  So, kaum wanita jom bertukar kepada yang lebih selamat dan semulajadi. Jadikan ia salah satu barang keperluan yang wajib anda miliki.  Yeahaa...

Cloth Pad



# Period tidak teratur? Cubalah GLA Complex Shaklee.... Hubungi Lia untuk konsultasi dan harga.  019-215 0710.

Khasiat Beras Merah Untuk Si Manja

Beras merah merupakan sejenis makanan yang sangat baik untuk diberikan kepada si manja. Kandungannya yang kaya dengan pelbagai jenis zat makanan amat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan anak.


Antara khasiat beras merah ialah mengandungi ;

1) Vitamin B1, B6 & B 12
~ membantu meningkatkan pembentukan tenaga dalam tubuh.  Vit B6 berfungsi mengawal penghasilan hormon serotonin dan membantu pembentukan sel darah merah.  Serotonin berfungsi mengawal pola tidur agar tidur lebih teratur.

2) Mineral
~ membantu pertumbuhan tulang, gigi, otot dan rambut bayi

3) Serat (fiber)
~ membantu masalah pencernaan dan dapat mencegah sembelit

4) Tiamin
~ membantu perkembangan sel saraf dan jantung

5) Fosforus
~ membantu perkembangan rangka si manja

6) Zinc
~ berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh dan membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat

7) Magnesium
~ mencegah gejala asthma

8) membantu mengawal rasa lapar
Sebagai ibu bapa, pilihlah makanan terbaik untuk diberikan kepada anak kita kerana kesihatan mereka sangat dipengaruhi oleh makanan yang diambil.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan

SHAKLEE.... Mmm, pergi ke mana je mesti ada yang menggunakan supplement Shaklee.  Senang cerita memamg tsunami lah sekarang ni.  Masing-masing dah peka kepada kesihatan diri.  Bagus la macam tu... Mencegah lebih baik dari merawat.  Gitu...

Walaubagaimanapun, bukan setiap negeri ada cawangan Shaklee.  Hanya negeri- negeri tertentu sahaja yang ada cawangan Shaklee ni.  Tapi, jangan la risau.  Di mana jua anda berada Insya Allah anda masih berpeluang mendapatkan produk Shaklee...

Sekiranya ada yang sedang tercari-cari atau mencari pengedar Shaklee di Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan anda boleh menghubungi nombor yang tertera untuk sebarang konsultasi dan perkhidmatan COD di kawasan sekitarnya.

Pengedar Sah Shaklee :

KUALA LUMPUR

Siti 'Aliah Mohamad Nor
No. Telefon : 019-215 0710
ID : 921246
COS area : Cheras, Ampang, Sg. Besi, Bandar Tun Razak

Nur Zahani Omar
No. Telefon : 013-247 7912
ID : 1095790
COD area : Gombak

Farida Zainuddin
No. Telefon : 018-325 3799
ID : 1120445
COD area : Puncak Jalil, Bukit Jalil

KELANTAN
Siti Najihah Mohamad Nor
No. Telefon : 012-688 3337
ID : 989343
COD area : Bachok, Peringat dan Jelawat

PERAK
Siti Asma Mohamad Nor
No. Telefon : 018-989 4928
ID : 989342
COD area : Bagan Serai, Kuala Kangsar

NEGERI SEMBILAN
Siti Aminah Ramli
No. Telefon : 019-299 7944
ID : 989341
COD area : Rembau

Bagi negeri yang tiada dalam senarai, jangan risau ye. Hubungi je saya untuk membuat pesanan dan konsultasi. Kat mana pun anda berada bukan penghalang untuk berurusan dgn saya.  Dunia sekarang ni kan dah canggih. Gitu...hujung jari aje tau.

Bagi yang berminat untuk join ahli yang pastinya memberi banyak keistimewaan kepada anda, hubungi saya juga. Kacang jerk, dgn hanya bayaran RM 75 untuk register ahli anda dapat membeli dengan harga yang istimewa.

Berminat, hubungi :
Call/Sms/Whatsapp : 019-2150710 (Aliah)
ID : 921246
Like fb page : Liavendor Vitamin Shoppe
Follow blog : ct-aliah.blogspot.com

Pengedar Sah Shaklee Cheras : COD Cheras, Bandar Sri Permaisuri dan Bukit Jalil

Assalamualaikum... Lama rasanya tak berceloteh kat sini. Banyak sungguh urusan kebelakangan ni. Hmm, rupa-rupanya ramai yang nak mencuba produk Shaklee tetapi timbul rasa takut dan risau untuk membuat pembelian secara online.  Macam-macam berita menakutkan berkaitan pembelian secara online ni.  Ada yang ditipu dah buat bayaran, tetapi barang tak dapat.  Ada juga yang dapat barang tetapi barang tak memuaskan hati rosak sana sini. 

Bagi yang tinggal area Cheras, Sri Permaisuri dan Bukit Jalil, jgn risau kami ada membuat COD bagi kawasan yang berdekatan.  Insya Allah penghantaran akan ke pintu rumah anda. Tiada lagi masalah risau ditipu duit atau barang.  Sekiranya berminat untuk membuat pembelian dan mendapat perkhidmatan COD, hubungi kami segera.

Untuk konsultasi dan harga hubungi ;

Sms/Call/Whatsapp : 019-2150710 @ 019-2281918
ID : 921246
Like fb page : liavendor vitamin shoppe
Follow Blog : ct- aliah.blogspot.com

Untuk mendapat harga menarik, jom Join Ahli bersama kami;)

Misteri Kehilangan MH370 Jadi Tanda Tanya

Berita tentang kehilangan pesawat MH370 masih dalam tanda tanya.  Pelbagai spekulasi timbul malah ada yang direka-reka mengundang kekeliruan kepada kita khususnya orang awam yang sememangnya ternanti-nantikan berita tentang kehilangan pesawat tersebut.  Paling menyedihkan ia memberi kesan buruk kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Usaha menyelamat masih diteruskan kerana penemuan pesawat tersebut akan memberi jawapan mengapa dan bagaimana ianya terjadi.  Alhamdulillah, banyak pihak yang sudi bekerjasama dan menghulurkan bantuan dalam proses mencari dan menyelamat.

Saya amat berharap, pesawat MH370 akan ditemui dan semua penumpang dan anak kapal terselamat.  Semoga ALLAH melindungi mereka dan memberi petunjuk berkaitan pesawat itu. Ameen Ya Rabb

HB Low Penyebab Anemia : Atasi Segera

Pada kebiasaannya, antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil selain masalah kencing manis atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB) atau sering disebut HB Low.

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL. Manakali bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5 g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak normal atau tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. 

Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, kemungkinan serangan anemia berlaku adalah tinggi.


Simptom Awal Anemia
  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Lemah daya ingatan
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Mudah mendapat sesak nafas apabila melakukan aktiviti
  • Warna kulit menjadi pucat


Punca-punca HB Low
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid yang rendah    
  • Kekurangan zat besi, vitamin B1, asid folat.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah

Risiko Anemia dikalangan Ibu Hamil
  • Terencat pertumbuhan janin semasa dalam kandungan
  • Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang


Berikut merupakan supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah HB Low.

Kebaikan VIVIX Yang Perlu Diketahui

KETAHUI 10 KEBAIKAN VIVIX

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakkan kesihatan keseluruhan

Keberkesanan Vivix telah terbukti dalam mengubati penyakit-penyakit kronik seperti;
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Ingin mencuba dan rasai kesannya, hubungi nombor yang tertera di bawah.

SMS/Whatsapp : 019-2150710 / 019-2281918
Like page fb : Liavendor Vitamin Shoppe

Suplemen Keperluan Wajib Untuk Kesihatan Optimum

Salam kasih-sayang buat semua. Hari ni, Lia nak berkongsi mengenai sebab mengapa badan kita perlukan suplemen.  Ramai yang masih bertanya atau tertanya-tanya mengapa kita perlu mengambil suplemen.  Terdapat beberapa sebab yang perlu diketahui.  Jom baca dan ketahui sebabnya.

1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada apa yang boleh diperolehi daripada makanan.  Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur.  Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar akan mempengaruhi kualiti sayur dan buah tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.  Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Bagi yang bekerja, makanan tengah hari selalunya di luar dan hidangan malam yang disediakan seringkas mungkin, mengakibatkan pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititik beratkan.

Bila dah baca fakta ni, baru kita tahu ada logiknya mengapa badan kita masih memerlukan suplemen kan.  Tak rugi pun sebenarnya kalau kita memperuntukkan sedikit duit gaji untuk kesihatan kita.  Rasa-rasanya bil ubat lagi tinggi nak  ditanggung bila dah jatuh sakit.  Nauzubillah.

Sekiranya korang sedang tercari-cari suplemen yang sesuai untuk keperluan tubuh badan korang, bolehlah hubungi Lia.  Khidmat nasihat percuma akan diberikan tau.

# nak join jadi ahli juga boleh hubungi Lia.. Salam sayang <3

CALL/SMS/WHATSAPP : 019-2150710 @ 019-2281918
Like fb page : Liavendor Vitamin Shoppe

Tegangkan kulit wajah dan kecutkan jerawat dengan Masker Vitamin C dan ESP Shaklee

Kaum perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.  Tidak hairanlah demi kecantikan mereka sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik.  Ada yang sanggup berhabis hanya untuk mendapatkan suntikan Botox, Vitamin C dan sebagainya.  Tetapi adakah selamat kelihatan cantik dengan cara begitu?  Bukan hanya memakan belanja yang besar tetapi juga side effect yang kemungkinan perlu ditanggung.  Fikir-fikirkan…

Jika anda mempunyai masalah kulit dan sedang tercari-cari produk kecantikan yang sesuai, jangan risau kami ada penyelesaiannya.  Caranya hanya dengan menggunakan Masker Vitamin C dan ESP Shaklee. Sangat senang dan boleh dibuat pada bila-bila masa anda free.  Dengan menggunakan Vitamin C Shaklee anda dapat mengembalikan ketegangan kulit wajah malah mengecutkan jerawat.  Vitamin C Shaklee ni special dan berbeza berbanding jenama lain di pasaran.  Vitamin C Shaklee dihasilkan menggunakan teknologi Sustained Release (pelepasan Vitamin C secara sedikit demi sedikit) dan ia mengandungi bioflavonoid yang merupakan bahan penting yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik. 

Vitamin C amat diperlukan untuk mengekalkan kecantikan kulit kita malah ia dapat merangsang pengeluaran kolagen.  Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan garis-garis halus pada wajah.  Banyak sebenarnya kelebihan Vitamin C ni, yang bestnya bukan hanya untuk dimakan tetapi boleh dibuat masker.  Kulit jadi tegang, jerawat jadi kecut dan kulit wajah makin segar.

Baiklah, pada kali ni Lia nak share cara membuat masker Vitamin C dengan ESP Shaklee. Kesannya yang menakjubkan dapat dirasai walaupun selepas kali pertama anda menggunakannya.  Itu daripada pengalaman Lia la ye :)  Selepas first time cuba masker Vitamin C dengan ESP Shaklee memang terasa kulit wajah makin tegang dan yang paling best jerawat mengecut.  Terus jatuh cinta tau.


Masker Vitamin C dan ESP Shaklee 
Cara-cara :
  •          patahkan Vitamin C Shaklee kepada 3 bahagian
  •          ambil 1 bahagian sahaja (lagi separuh simpan untuk lain kali)
  •       hancurkan Vitamin C tersebut
  •       masukkan 1 sudu susu segar
  •       masukkan 1 sudu ESP Shaklee
  •       kacau hingga rata
  •          sapukan masker tersebut pada seluruh wajah (yang telah dicuci dan kering)
  •       biarkan sehingga kering selama 20 hingga 30 minit
  •       bilas dengan air yang bersih
Tetapi ingat, untuk menjamin kejayaan anda mengembalikan ketegangan kulit dan mengecutkan jerawat syaratnya mestilah mengggunakan Vitamin C Shaklee. 

Kenapa? 

Sebabnya Vitamin C Shaklee ni semulajadi tanpa bahan pewarna dan perisa tambahan.  Malah cara penghasilannya yang menggunakan teknologi Sustain Release merupakan teknologi yang dapat membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan di mana hanya 100 mg Vitamin C dilepaskan ke dalam badan setiap jam.  Vitamin C kan sifatnya mudah musnah, bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan.  Itulah kelebihan Vitamin C Shaklee.

Okaylah, selamat mencuba ye kawan-kawan.  Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua especially yang nak tegangkan kulit wajah dan mengecutkan jerawat. 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee atau ESP boleh hubungi Lia tau.


Hubungi Lia:

Siti 'Aliah Mohamad Nor
Id No : 921246
SMS/Call/Whatsapp : 019-2150710 / 019-2281918
Facebook : aliahfiqlea
Email : aliahquseh@gmail.com

Minat nak join jadi member Shaklee, jangan malu jangan segan gitau aje Lia. 



* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Vitamin/Supplement Yang Diperlukan Semasa Mengandung

Ramai bakal ibu muda yang masih tertanya-tanya apakah vitamin yang diperlukan semasa mengandung. Ada juga yang menanyakan saya perlukah mengambil vitamin/supplement semasa mengandung.  


Jika anda ajukan soalan ini kepada saya, jawapan saya adalah kita perlu mengambil vitamin/supplement semasa mengandung. Ini kerana vitamin/supplement berperanan menyeimbangkan nutrisi di dalam badan kita. Semasa mengandung kebanyakan ibu-ibu akan mengalami alahan.  Selera makan akan berkurangan malah sesetengahnya akan makan apa yang sedap di tekak mereka sahaja tanpa mengira sama ada makanan tersebut berkhasiat atau tidak.  Di sinilah peranan vitamin iaitu sebagai pemakanan tambahan.

Oleh itu, sebaiknya kita mengambil vitamin/supplement sepanjang proses kehamilan untuk top-up mana-mana bahagian nutrisi yang tidak cukup.

Berikut adalah cadangan vitamin/supplement yang penting sepanjang proses kehamilan:

  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex ( Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk Asid Folik )
  • Vitamin C
  • Ostematrix ( Calcium-Magnesium )
  • Omega Guard
  • ESP ( Jika selalu lemah dan tidak bertenaga )


Berminat ingin mencuba Set Mengandung Shaklee, hubungi Lia segera. Insya Allah, Lia akan membantu dan memberikan penerangan lanjut :)


Hubungi segera:

SMS/Call/Whatsapp : 019-2150710 / 019-2281918
Facebook : aliahfiqlea
Email : aliahquseh@gmail.com


* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Perlukah Ibu Hamil Minum Susu




"Sayang dah minum susu ke hari ni?"

"Kenapa belum minum susu, kesian baby nanti..."


Biasanya itulah dialog yang sering kita dengar apabila seorang ibu atau bakal ibu terlupa untuk minum susu semasa hamil. Sebagaimana yang kita sedia maklum, susu amat penting sebagai sumber kalsium kepada kita. Tetapi, adakah meminum susu adalah sesuatu yang wajib dilakukan semasa hamil. Tambahan pula, tidak semua ibu hamil boleh menghidu bau susu malah minum susu semasa hamil disebabkan alahan dan sebagainya.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, bukanlah menjadi satu kewajipan untuk perempuan hamil meminum susu sepanjang proses kehamilan.  Ini kerana, kebanyakan ibu hamil telah mengambil pelbagai vitamin seperti Omega 3, Kalsium dan Multivitamin serta pemakanan yang seimbang.

Namun begitu, terdapat sesetengah ibu hamil yang mengambil pil kalsium akan menyebabkan mereka sembelit.  Oleh itu, mereka disarankan meminum susu sama ada susu tepung atau susu segar. Tetapi sebaiknya ibu hamil meminum susu segar berbanding susu tepung.

Sekiranya ibu hamil mengalami sembelit apabila mengambil pil kalsium atau cirit-birit apabila meminum susu, beliau menyarankan agar ibu hamil memperbanyakkan pengambilan daging merah sebagai sumber kalsium dan protein.

Bagi memenuhi keperluan nutrisi yang baik untuk ibu hamil, terdapat produk Shaklee yang bersesuaian untuk diambil.  Antaranya ialah Omega Guard, Ostematrix, B-Complex, Vitalea dan Vita C. (Set Ibu Mengandung)



Sekiranya anda berminat untuk mencuba vitamin Shaklee untuk keperluan nutrisi anda, hubungi saya sekarang juga untuk mendapatkannya dengan harga yang berpatutan. Buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anak anda.:)


Hubungi segera:

SMS/Call/Whatsapp : 019-2150710 / 019-2281918

Facebook : aliahfiqlea
Like page : Liavendor Vitamin Shoppe
Email : aliahquseh@gmail.com



* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.