Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan

Tips Minum Banyak Air Di Bulan Ramadhan

Biasanya di bulan Ramadhan ni, ramai antara rakan-rakan atau ahli keluarga kita yang mengalami masalah bibir kering, bibir berdarah, ulser dan kulit kering. Salah satu puncanya adalah kerana kurang pengambilan air kosong.  Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan supaya kita dapat minum air 2-3 liter sehari.  Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong Kurangkan minum air berperisa semasa berbuka kerana ia akan mengurangkan pengambilan air kosong Banyakkan meminum air kosong selepas terawih.  Bawa sebotol air kosong semasa berterawih dan minumlah selepas salam di antara setiap solat Minum air suam.  Air suam lebih mudah ditelan berbanding air kosong terutamanya pada waktu bersahur Kurangkan minum minuman sejuk kerana air yang sejuk akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman.  Air sejuk hanya boleh memberi kepuasan bagi menghilangkan dahaga segera. Elakkan minuman berkafein @ berkarbonat Minumlah air kosong dengan tertib kerana

Keguguran Rambut Boleh Di Atasi Dengan Vitamin

Rambut adalah organ ringkas yang amat dihargai oleh kaum wanita.  Menjadi igauan ngeri kepada kaum wanita apabila mengalami masalah rambut gugur. Walaubagaimanapun, ia juga akan menjadi kerisauan kepada kaum lelaki apabila kepala mula membotak.  Biasanya, mereka akan cuba menyembunyikannya dengan cara membotakkan kepala atau memakai topi untuk menutup rasa aib terhadap perubahan di kepalanya. Masalah keguguran rambut merupakan perkara biasa yang sering dialami oleh orang dewasa. Biasanya rambut gugur  terjadi kepada kaum lelaki apabila dah berusia dan kaum wanita selepas bersalin.  Namun begitu, keguguran rambut yang melampau akan membuatkan kita menjadi stress terutamanya apabila melihatkan rambut yang melekat pada sikat, di lantai, di bantal dan sebagainya. Realitinya, rambut kita sering mengalami proses gugur - tumbuh kembali.  Malah beberapa kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa kadar keguguran rambut yang normal antara 50 - 80 helai sehari.  Apa yang merisaukan

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Bayi oleh ibu adalah sangat disyorkan berbanding pemberian susu formula.  Di samping mengeratkan pertalian ibu-anak, ada bahan-bahan yang tidak terdapat dalam susu formula, terutamanya antibodi untuk menentang penyakit.  Antara kebaikan-kebaikan penyusuan ibu termasuklah : ♥       Susu awal ibu mengandungi colostrum.  Colostrum mengandungi serum sel darah putih dan      antibodi yang       memberikan perlindungan kepada bayi.  Bayi yang baru lahir mempunyai        daya tahan penyakit yang sangat     lemah.  Penyusuan ibu dapat mengawal bayi daripada        sakit-sakit seperti cirit-birit, infantile eczema dan sebagainya. ♥    Susu ibu juga mengandungi bahan-bahan yang lain yang penting seperti anti-alergik dan                  sebagainya. ♥   Ia mengeratkan pertalian antara ibu dan anak ♥    Membantu menjarakkan anak.  Ini kerana hormon prolactin yang penting semasa       penyusuan  bayi menyebabkan proses pengeluaran telur terbantut. ♥

Gastrik di bulan Ramadhan

Alhamdullilah, Ramadan telah tiba lagi, tapi macam mana nak puasa, "saya ni ada gastrik"...... Entry kali ini saya ingin kaitkan produk shaklee ni dalam membantu mereka yang mempunyai masalah GASTRIK .. salah satu produk daripada shaklee ini ialah : esp - soy protein isolate powder Bagaimana  esp  dapat membantu anda daripada gastrik .. ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. ................................................................................................................................................................. *  These products are not intended to diagnose, treat, cure, or pre

Apa itu gastrik ?

GASTRIK Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Penyebab Gastrik Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman. Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lap

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

"Marhaban Ya Ramadhan" Selamat menunaikan ibadah puasa, Semoga kita selalu diberkatiNya..