Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Sup Sayur Broccoli Enak Untuk Anak-anak

Mm, hari ni Lia nak share resepi sup broccoli kesukaan anak teruna Lia.  Sangat enak dimakan dgn nasi atau diratah gitu aje.. ia dah jadi sup kegemaran kami sekeluarga.  Tetiap hari masak sup broccoli pun tak jemu.  Bukan je enak tapi sangat mudah untuk disediakan.  Menu sihat dan berkhasiat.  Lagi pula broccoli sangat bagus untuk anak-anak.  Jika anak anda tidak gemar makan sayur, boleh la mencuba resepi ini.  Resepi ni, Lia dapat dari blog juga bbrp tahun lepas. (maaf tuan punya blog, lupa blog mane).  Tapi Lia dah modified ikut selera n citarasi kami sekeluarga.

SUP BROCCOLI ENAK
Bahan-bahan
- Broccoli
- Ayam (dipotong dadu)
- Tauhu Lembut
- Kiub Ayam
- Bawang Putih
- Bawang Merah
- Minyak Zaitun
- Air
- Carrot (optional)
- Cendawan (optional)

Cara Memasak
- Tumis bawang putih n bawang merah dengan minyak zaitun
- Masukkan ayam (kacau sebati)
- Masukkan air, kiub ayam n garam n gula
- Masukkan carrot
- Masukkan broccoli, cendawan n tauhu lembut.
- Siap untuk dihidang

Sangat senang dan…

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak.
Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema.  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit.
Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema.
Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa.  Huhu…  Jumpa doc bi…