Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jangan Panik Bila Stok Susu Tak Cukup

Alhamdulillah... Lia tumpang gembira apabila dengar kawan-kawan yang dah lama berusaha nak tambah anak tercapai.  Ada yang bakal dapat anak kembar sepasang lagi. Lia pula yang rasa teruja. :-) Biasalah bila borak-borak pasal baby timbul bab menyusu baby. Masing-masing yang dah bergelar ibu dan berjaya menyusukan baby berkongsi pengalaman mereka cara untuk maintain penghasilan susu. Lia masa tu dengar dan angguk je sebab masing-masing excited nak bercerita... ;b Lagi sebulan Nawfal akan mencecah umur 2 tahun.  Alhamdulillah sehingga hari ini dia masih menyusu badan.  Pelbagai rintangan dan dugaan perlu dilalui untuk mencapai hasrat menyusukan Nawfal selama 2 tahun.  Paling tak dilupa semasa Nawfal sembilan bulan, Lia demam teruk.  Doc cakap demam virus tapi gejalanya seakan demam denggi.  Satu badan sakit sendi, sakit kepala, keluar bintik merah dan dehidrasi.  Setiap hari perlu repeat blood test. Huhu... Selama lebih kurang sembilan hari Lia terpaksa stop mengepam untuk bu

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula n

Denggi Oh Denggi : Cara Alternatif Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni suami dah boleh kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti kerana demam denggi.  Alhamdulillah juga, hari ni juga Lia MC sebab suara mula tidak keluar, sakit tekak dan lenguh-lenguh badan setelah hampir seminggu menjaga suami dan anak yang demam :)  Maklumlah, bila Baby Tua  sakit ni lain sikit gayanya.  Beban mula terasa apabila semua benda terpikul dibahu kita seorang.  Memang rasa tak sabar Baby Tua nak kembali sihat. Hihihi... Denggi ni  merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia.  Tengok akhbar semalam pun isu denggi terpapar di muka hadapan surat khabar. Ia adalah jangkitan virus yang  merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti  yang menyebabkan demam .   Nyamuk Aedes Minggu lepas, suami Lia disahkan demam denggi.  Kesian sangat tengok dia demam.  Dia jenis yang jarang sakit.  Kalau demam sikit-sikit tu biasanya tetap maintain cergas gitu.  Tak pernah tengok dia sakit macam tu. Dua tahun