Skip to main content

MEALSHAKE Atasi Sembelit Anak

" Eh, anak saya dah 3-4 hari tak membuang... Yang paling kasihan bila tengok time dia nak poo-poo tu... meneran sampai merah muka... "


Itulah antara keluhan yang sering kita dengar diluahkan oleh kaum ibu.  Selain anak tidak mahu makan, masalah yang cukup merisaukan kaum ibu ialah apabila anak tidak membuang air besar atau mengalami masalah sembelit.  Seperti orang dewasa, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. 
Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.  Sembelit sering terjadi kepada kanak-kanak terutamanya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan. 
Tanda-tanda sembelit ialah :
    susah buang air besar
  • Sakit perut (datang dan pergi)
  • Kurang lapar berbanding biasa
  • Berkelakuan resah dan tidak selesa
  • Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  • Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  • Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perut
Punca-Punca Sembelit :
  • Tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
  • Pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah)
  • Kekurangan cecair di dalam badan
  • Kurang pengambilan makanan berserat 
  • Kurang bersenam
Mengendalikan Anak yang Sembelit :
  • Memupuk dan memperkukuh tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya
  • Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air
  • Memastikan susu yang diambil mencukupi bagi bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan
  • Lebihkan pengambilan makanan berserat dan cecair di dalam pemakanan harian kanak-kanak
  • Buang pengalaman menyakitkan dengan Mealshake 

::Nutrisi Hebat, Nutrisi Sihat::  Segalanya Bermula Di Sini...

Mealshake Shaklee
Mealshake Shaklee merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan sumber protein, kalsium dan fiber. Di dalamnya juga terkandung 19 vitamin utama dan mineral tambahan yang perlu untuk tubuh anak.  Ia amat sesuai diambil oleh anak-anak yang tidak suka makan sayur dan buah seperti betik, tembikai, plum dan prun yang merupakan sumber fiber penting terutamanya bagi mengatasi sembelit.  Insya Allah, masalah sembelit anak anda dapat diatasi dengan Mealshake. Perisa Vanilla yang sangat sedap dan pastinya anak anda akan suka. Apa tunggu lagi.....
"Prevention is better dan cure"


........................................................................
* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah pelbagai jenis penyakit.


JIKA ANDA BERMINAT DAN INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI PRODUK INI :


SMS/Call/WhatsApp : 019-2150710
PM di Facebook : 'Aliah Fiqlea / Liavendor
Like page : Liavendor

Comments

Popular posts from this blog

Supplement Shaklee Pelengkap Nutrisi Sayuran Dan Buahan Yang Tercemar

"Malam ni masak sayur ape ye?" Setiap kali waktu makan kita akan pastikan ada menu berasaskan sayuran. Hal ini kerana, kita tahu bahawa sayuran dan buahan kaya dengan pelbagai nutrien. Kalau boleh kita nak makan sayur dan buah banyak-banyak untuk mendapat segala khasiat padanya. Tapi, perlu diketahui juga bahawa buahan dan sayuran juga boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kita kesan daripada penggunaan racun serangga dan bahan kimia. Trend masyarakat sekarang pula lebih  cenderung untuk membeli sayuran dan buahan berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok. Sayuran dan buahan yang kelihatan berwarna pucat atau berlubang dimakan serangga tidak dipandang. Walhal sayuran itu patut dibeli kerana  menandakan ia kurang terlibat dengan penggunaan bahan kimia. Logiknya, kita makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh.  Tetapi pernahkah kita fikir sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya? Bagi yang masih berkesempatan menanam sayur...

Set Tambah Tenaga untuk Super Momma

"Akak nampak lagi sihat compare dengan tahun sebelum ni. Muka nampak merah. Nampak sihat la.." Alhamdulillah.  Syukur sangat bila dengar camni, setelah diuji dengan ujian yang Lia rasakan cukup berat buat Lia pada tahun lepas. Ujian yang berkaitan dengan nikmat hidup dan nikmat sihat. Bila diuji gitu kita akan lebih menghargai tubuh badan kita. Insya Allah, akan ku jaga dan ikhtiar yang terbaik.  Selebihnya hanya kepada Engkaulah aku bergantung. Pada pendapat peribadi Lia, antara cantik dan sihat, of coz la sihat yang diutamakan dulu. Tapi, kalau kedua-duanya datang serentak itu adalah bonus.  Ironinya, kita akan nampak sihat apabila badan kita cergas dan bertenaga. Buat itu, buat ini n buat macam-macam dalam sehari tapi still maintain bertenaga. Takdelah setiap hari asyik  melepet je, macam orang tak cukup makan gayanya. Especially, kita yang bergelar working mom ni. Tenaga memang all out sepanjang hari bermula bangun tidur sehinggalah kita pejamkan...

Tambah Nilai Susu Ibu Dengan Supplement Berasaskan Bahan Semulajadi

"Susu awak tak cukup zat ni. Sebab tu berat anak awak naik cket ja" Mak aih. Sentap juga bila nurse cakap gini. Apa yang kita tahu susu ibu ialah susu yang terbaik. Suka hati dia pula cakap camni.  Ini peristiwa dulu. Waktu check up anak sulung tika baby. Waktu baru bergelar seorang mama. Waktu ILMU breastfeeding masih cetek. Aci la kan kalau tersentap pun. Waktu ni, anak sulung hanya sempat menyusu badan lebih kurang dua bulan sahaja. Sedih dan rasa ralat sangat.  Sebab tu, bila pregnant anak kedua, Lia dah pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun. So, semasa mengandung lagi Lia dah mula aktif cari info tentang penyusuan bayi. Alhamdulillah, dipermudahkanNya. Doa banyak-banyak dan hati perlu kuat dan kental. Insya Allah, berjaya. Bila dikenang balik, ada betulnya apa yang nurse tu cakap 7 tahun lepas tu. Memang tak dinafikan susu ibu ni anugerah terindah yang diibaratkan sebagai Titisan Emas. Malah ia dinobatkan sebagai susu yang terbaik. Memang macam emas ...