Skip to main content

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Bayi oleh ibu adalah sangat disyorkan berbanding pemberian susu formula.  Di samping mengeratkan pertalian ibu-anak, ada bahan-bahan yang tidak terdapat dalam susu formula, terutamanya antibodi untuk menentang penyakit.  Antara kebaikan-kebaikan penyusuan ibu termasuklah :

♥    Susu awal ibu mengandungi colostrum.  Colostrum mengandungi serum sel darah putih dan      antibodi yang       memberikan perlindungan kepada bayi.  Bayi yang baru lahir mempunyai        daya tahan penyakit yang sangat     lemah.  Penyusuan ibu dapat mengawal bayi daripada        sakit-sakit seperti cirit-birit, infantile eczema dan sebagainya.

♥   Susu ibu juga mengandungi bahan-bahan yang lain yang penting seperti anti-alergik dan            
     sebagainya.


♥   Ia mengeratkan pertalian antara ibu dan anak


♥   Membantu menjarakkan anak.  Ini kerana hormon prolactin yang penting semasa 

     penyusuan bayi menyebabkan proses pengeluaran telur terbantut.


♥   Kemungkinan berlakunya kanser payudara dikatakan boleh dikurangkan dengan 

     penyusuan bayi.


♥   Ia membantu mempercepatkan pembuangan tali pusat (placenta)


♥   Ia mudah didapati dan suhunya sesuai tanpa perlu dipanaskan terlebih dahulu.


♥  Susu ibu mudah hadam oleh usus bayi.  Ia agak cair pada awal penyusuan dan menjadi 

     semakin pekat diakhirnya.


♥   Kejadian di mana pengambilan susu terlebih oleh bayi tidak berlaku dengan penyusuan ibu.


♥   Bayi yang disusukan oleh ibunya didapati lebih cepat mampu berjalan.





Comments

Popular posts from this blog

Supplement Shaklee Pelengkap Nutrisi Sayuran Dan Buahan Yang Tercemar

"Malam ni masak sayur ape ye?" Setiap kali waktu makan kita akan pastikan ada menu berasaskan sayuran. Hal ini kerana, kita tahu bahawa sayuran dan buahan kaya dengan pelbagai nutrien. Kalau boleh kita nak makan sayur dan buah banyak-banyak untuk mendapat segala khasiat padanya. Tapi, perlu diketahui juga bahawa buahan dan sayuran juga boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kita kesan daripada penggunaan racun serangga dan bahan kimia. Trend masyarakat sekarang pula lebih  cenderung untuk membeli sayuran dan buahan berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok. Sayuran dan buahan yang kelihatan berwarna pucat atau berlubang dimakan serangga tidak dipandang. Walhal sayuran itu patut dibeli kerana  menandakan ia kurang terlibat dengan penggunaan bahan kimia. Logiknya, kita makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh.  Tetapi pernahkah kita fikir sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya? Bagi yang masih berkesempatan menanam sayur...

Set Tambah Tenaga untuk Super Momma

"Akak nampak lagi sihat compare dengan tahun sebelum ni. Muka nampak merah. Nampak sihat la.." Alhamdulillah.  Syukur sangat bila dengar camni, setelah diuji dengan ujian yang Lia rasakan cukup berat buat Lia pada tahun lepas. Ujian yang berkaitan dengan nikmat hidup dan nikmat sihat. Bila diuji gitu kita akan lebih menghargai tubuh badan kita. Insya Allah, akan ku jaga dan ikhtiar yang terbaik.  Selebihnya hanya kepada Engkaulah aku bergantung. Pada pendapat peribadi Lia, antara cantik dan sihat, of coz la sihat yang diutamakan dulu. Tapi, kalau kedua-duanya datang serentak itu adalah bonus.  Ironinya, kita akan nampak sihat apabila badan kita cergas dan bertenaga. Buat itu, buat ini n buat macam-macam dalam sehari tapi still maintain bertenaga. Takdelah setiap hari asyik  melepet je, macam orang tak cukup makan gayanya. Especially, kita yang bergelar working mom ni. Tenaga memang all out sepanjang hari bermula bangun tidur sehinggalah kita pejamkan...

Tambah Nilai Susu Ibu Dengan Supplement Berasaskan Bahan Semulajadi

"Susu awak tak cukup zat ni. Sebab tu berat anak awak naik cket ja" Mak aih. Sentap juga bila nurse cakap gini. Apa yang kita tahu susu ibu ialah susu yang terbaik. Suka hati dia pula cakap camni.  Ini peristiwa dulu. Waktu check up anak sulung tika baby. Waktu baru bergelar seorang mama. Waktu ILMU breastfeeding masih cetek. Aci la kan kalau tersentap pun. Waktu ni, anak sulung hanya sempat menyusu badan lebih kurang dua bulan sahaja. Sedih dan rasa ralat sangat.  Sebab tu, bila pregnant anak kedua, Lia dah pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun. So, semasa mengandung lagi Lia dah mula aktif cari info tentang penyusuan bayi. Alhamdulillah, dipermudahkanNya. Doa banyak-banyak dan hati perlu kuat dan kental. Insya Allah, berjaya. Bila dikenang balik, ada betulnya apa yang nurse tu cakap 7 tahun lepas tu. Memang tak dinafikan susu ibu ni anugerah terindah yang diibaratkan sebagai Titisan Emas. Malah ia dinobatkan sebagai susu yang terbaik. Memang macam emas ...