Skip to main content

Cara Atasi Rasa Takut Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi

Lama sungguh menyepi, jangan berkulat sudah blog momma ni, abang Aid oi... Hihi

Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti... Lia pon bercuti, tapi tak la seindah mana.. Huhu... Ni hari kelima "berpantang" akibat minor operation buang gigi bongsu... Full stop! Bab tu Lia cerita kemudian.  Belom betul-betol sembuh seriau pula nak menyebutnya:-)

Hari ni, Lia nak berkongsi tips... Cara nak atasi rasa takut anak berjumpa doktor gigi... Ni daripada pengalaman Lia sendiri semasa kecil-kecil dulu dan hasil bacaan juga...

Tentu semua orang tahu kan, berapa ramai yang takut dan fobia nak berjumpa doktor gigi. Bukan aje budak kecil, orang tua pun takut nak berjumpa doktor gigi.. Kenapa agaknya ye???

Cuba tengok gambar ni, enjoy je si comel ni duduk di samping doktor gigi.  Mampukah kita mendidik anak atau diri sendiri agar tidak takut untuk berjumpa doktor gigi...


Berikut merupakan beberapa tips atau cara mendidik anak-anak agar tiada rasa takut berjumpa doktor gigi :

1) Menakut-nakutkan/Mengugut
- Elakkan daripada menakut-nakutkan atau mengugut kanak-kanak dengan mengaitkan doktor gigi.
- Contohnya : "Kalau makan gula-gula, mama suruh doktor cabut semua gigi adik"
- Dengan ugutan sedemikian, akan menakutkan anak terhadap doktor gigi.

2) Pendedahan Awal
- Bawa anak-anak berjumpa doktor gigi semenjak mereka kecil lagi.
- Elakkan perkataan sakit apabila berkenaan doktor gigi
- Jika ia merupakan pengalaman pertama anak anda, beritahulah doktor gigi tersebut.
- Sebolehnya bawalah anak berjumpa dengan doktor yang anda rasakan terbaik dan suasana klinik yang menarik untuk meninggalkan pengalaman manis buat mereka.
- Masa dulu-dulu, adik-adik Lia suka pergi Klinik Dr Tan.  Sebab, lepas cek gigi doktor bagi stickers.  (Nampak tak kesan psikologi kat situ)

3) Role Model
- Ibu bapa sebagai role model kepada anak-anak.  Biasanya anak-anak menganggap ibu atau bapa adalah hero atau pujaan mereka.
- Sekiranya ibu bapa ke klinik gigi untuk membuat pemeriksaan gigi, bawalah anak-anak bersama.  (Sesi lawatan sambil belajar)
- Elakkan menunjukkan rasa takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.  Ceritakan perkara-perkara menarik.

4) Membuat pemeriksaan gigi Berjadual
- Selalulah cek gigi anak anda dan bawalah ke klinik selagi gigi boleh diselamatkan.  Especially, gigi yang dah kekal.

- Haa, part ni teringat masa dulu-dulu... Lia dulu memang penakut yang amat pergi klinik gigi.  Tapi, Alhamdulillah sebab semenjak kecil emak heret ke klinik gigi aka kena paksa.  Gigi Lia pula paling banyak masalahnya dan complicated.  Huhu... Terima kasih emak, sebab selalu heret orang ke klinik gigi ;-) Samada rela atau paksa.. Sebab tu la, Lia yang penakut ni boleh jadi kalis nak jumpa doktor gigi.. I love u mom <3

Itu aja daripada Lia.  Jagalah gigi anda.  Selagi boleh diselamatkan, selamatkanlah. Jadikan mencabut gigi pilihan terakhir anda.  Sayangi gigi, senyuman berseri. Ngeeee :-D.. Cantik tak gigi saya... Ouch, lupa. Tak leh sengih luas-luas sakit...

Pesan emak # jaga gigi tu, jangan sampai pakai gigi palsu macam mak.  Tak sedap langsung. 

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda...
Lia : 019-2150710

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Collagen Selamat dan Boleh di Ambil oleh Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Lia terpanggil untuk share tentang salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi ibu-ibu yang menyusu aka breastfeeding mom.  Persoalannya ialah "Saya menyusuu... boleh ke saya makan Collagen ?"... Haa, cane nak jawab tu.... Garu kepala jugak jap...  Ok, lah...Sebenarnya Lia pon fully BF mommy... Yeayyy :)) dan Lia pon ada makan collagen. Alhamdulillah setakat ni non hado apa2 masalah.  Semata2 nak bagi jawapan yang ada keesahannya, makanya I sanggup U buat research utk U all semua.. hihik... gurau je tu.. Jujurnya Lia pon nak tahu juga apa kata orang yang lebih pakar tentang hal ni... Ibu-ibu menyusu macam kita-kita ni pon ada hati n perasaan gak nak chantek-chantek kulit tulus mulus kann... kihkihkih Hasil bacaan daripada research yang dibuat, rata2 pediatrician cakap BULEHH aje... Sebabnya collagen ni ialah sumber protein. Protein pula sememangnya diperlukan dalam penghasilan susu.  So, ia t...

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak. Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema .  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit. Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema. Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul ...

Supplement Shaklee Pelengkap Nutrisi Sayuran Dan Buahan Yang Tercemar

"Malam ni masak sayur ape ye?" Setiap kali waktu makan kita akan pastikan ada menu berasaskan sayuran. Hal ini kerana, kita tahu bahawa sayuran dan buahan kaya dengan pelbagai nutrien. Kalau boleh kita nak makan sayur dan buah banyak-banyak untuk mendapat segala khasiat padanya. Tapi, perlu diketahui juga bahawa buahan dan sayuran juga boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kita kesan daripada penggunaan racun serangga dan bahan kimia. Trend masyarakat sekarang pula lebih  cenderung untuk membeli sayuran dan buahan berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok. Sayuran dan buahan yang kelihatan berwarna pucat atau berlubang dimakan serangga tidak dipandang. Walhal sayuran itu patut dibeli kerana  menandakan ia kurang terlibat dengan penggunaan bahan kimia. Logiknya, kita makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh.  Tetapi pernahkah kita fikir sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya? Bagi yang masih berkesempatan menanam sayur...