"Malam ni masak sayur ape ye?" Setiap kali waktu makan kita akan pastikan ada menu berasaskan sayuran. Hal ini kerana, kita tahu bahawa sayuran dan buahan kaya dengan pelbagai nutrien. Kalau boleh kita nak makan sayur dan buah banyak-banyak untuk mendapat segala khasiat padanya. Tapi, perlu diketahui juga bahawa buahan dan sayuran juga boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kita kesan daripada penggunaan racun serangga dan bahan kimia. Trend masyarakat sekarang pula lebih cenderung untuk membeli sayuran dan buahan berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok. Sayuran dan buahan yang kelihatan berwarna pucat atau berlubang dimakan serangga tidak dipandang. Walhal sayuran itu patut dibeli kerana menandakan ia kurang terlibat dengan penggunaan bahan kimia. Logiknya, kita makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh. Tetapi pernahkah kita fikir sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya? Bagi yang masih berkesempatan menanam sayuran d
"Awak ada rasa sakit tak tempat luka haritu?" "Ada. Tapi saya sakit bahagian bawah lapisan kulit kat bahagian perut ni. Tambah-tambah bila batuk dan bersin" "Oo, yang tu ambil masa cketlah ye. Akan hilang cuma ambil masa sbb awak bleeding banyak haritu. Sepatutnya kat situ tak perlu jahit pun. Tapi, darah tak berhenti. So, banyak jahitan di tempat yg sama nak hentikan pendarahan tu. Saya baca kisah awak ni pun rasa takut." Ni perbualan semasa appointment doctor beberapa bulan lalu. Ngeri pula dengar penerangan doctor. Teringat balik apa yg berlaku semasa czer anak ketiga dulu. Anak pertama n kedua czer. So, anak ketiga dah tiada pilihan untuk bersalin secara normal. Seawal 34 minggu baby bongsu dilahirkan secara czer. Lebih kurang pukul 1 pm Lia dibedah untuk keluarkan baby. Disebabkan berlakunya pendarahan dan adanya darah beku, pada pukul 7pm Lia dibedah lagi sekali untuk mencari punca terjadinya darah beku tu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lan