Skip to main content

Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee

"Akak, nak beli krim muka sekilo." 

Aci tak kalau macam tu? Macam nak beli ikan kat pasar malam je gayanya. Nak beli ikan pun kita pilih yang segar. Kita akan belek-belek dulu cek insangnya, tengok matanya merah atau tidak dan tekan isinya, pejal atau dah lembik. Inikan pula krim yang nak ditepek pada muka.

Sekarang ni terlampau banyak produk kecantikan yang baru muncul. Kadang tak pernah tahu kewujudannya. Tak pernah dengar pula brandnya. Apalagi nak tahu mana kilangnya? Apa bahannya? Bagai mana cara ia diproses? 

Sebenarnya Lia ada juga terdengar desas-desus tentang krim kilo sebelum ni. Tapi, tak tahulah pula sampai dah menular begitu sekali. Bila search krim kilo kat Instagram, Ya Rabbi memang terkejut sangat. Berderet Ig shop yang menjual krim kilo ni.

Maksudnya, ramai la yang tertipu. Kebanyakan krim-krim di pasaran tu merupakan krim yang sama. Cuma dibuat packaging yang berbeza oleh tauke produk kecantikan yang membelinya secara berkilo.
Aish, ragu la pula. Macam mana cara mereka nak mengagihkan krim yang berkilo ke dalam bekas-bekas kecil. Hygiene ke tak? Timbul pula isu krim kilo yang diproses di rumah. Huish, geli geleman pula membayangkannya. Nasib baik la tak terjebak obses nak cantik putih gebu dalam sehari.
Nak cantik tak salah. Tapi jangan lah sampai obses gitu sekali. Pantang dengar "boleh memutihkan" terus nak beli. Tak fikir pun kesannya bahaya ke tidak pada kulit untuk jangka masa panjang. Biasanya, produk yang memberi kesan dalam masa singkat mempunyai bahan beracun seperti merkuri dan hidrokuinon yang akan memberi kesan yang cepat.

Cuba cek skincare yang kita guna. Kalau rasa ragu tu, boleh la bertukar kepada produk yang lebih natural seperti Nutriwhite. Tak salah melabur lebih untuk benda yang lebih terjamin. Biar lambat kesannya tetapi proses pemulihan berlaku secara alami.

Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia. Ia amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.


Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain lagi. Ia dihasilkan selepas 3 tahun saintis Jepun dan Amerika bekerjasama membuat kajian.

Paling menarik tentang Set Nutriwhite ialah guna sikit je, satu calit dah cukup untuk mencuci satu muka. Memang sangat jimat dan harganya berpatutan. Cubalah. Anda pasti jatuh cinta. 


Hubungi Lia untuk mendapat konsultasi percuma.

Whatsapp/Call/SMS : 019-2150710
ID : 921246
Facebook : Aliah Mohamad Nor


Inginkan harga menarik? Jom sertai kami sebagai ahli Shaklee. Memang berbaloi.. 


Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...