Skip to main content

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini. 

Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife n momma.... Inilah kehidupan sebenarnya...  

Sebenarnya kerja-kerja mengemop ni memang dah jadi rutin En. Hb...  Tapi hari ni Lia bagi dia cuti... hehe.. Sebabnya kesian kat dia sakit mata tak baik-baik lagi.  Dah 3 kali jumpa doktor.  Siap jumpa doktor pakar mata sebab risau mata tak de nampak perubahan.  Dah 4 hari beliau MC... kesian la jugak seposen kan... 

Lantai rumah ni nak kena selalu mop sebabnya Nawfal da mengheret dada.  Lajuu... Serata tempat dia jelajah.  Lagi pula, Lia ternampak hari tu dia jilat lantai... haish, Nawfal nih!  Lantai tu biasa la, susu abang Nujaid tertumpah sana-sini.  Buruk je nampak kesan tompok-tompok susu... Kadang-kadang bila tak sempat nak mop, Lia lap je dulu guna kain.  Tapi tak cantik la pulak.  Kita akan nampak kesan bulat kawasan yang kita lap tu je... Kann...  

Citer pasal mengemop ni, buat Lia teringat pada sabun pencuci yang Lia guna untuk mengemop tadi.  Dah lama juga Lia guna sabun pencuci ni untuk mencuci lantai.  Lia suka sangat sebabnya ia bukan saja berfungsi untuk membersih tapi ia selamat, berkuasa, mesra alam dan bijak.  Nak tahu sabun apa?  Haa, Lia guna Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate... Kenapa Lia guna sabun ni, sebab ia takde toksik, tak beracun, takde bahan kimia, tiada klorin n lembut pada tangan.  Ye laa, Si Nawfal tu kan suka jilat2 lantai, kalau Lia guna sabun yang ada toksik, ada racun bahayalah kan..  Lia mane tau suami Lia atau Lia sendiri mop lantai tu sampai betul-betul hilang sabun tu..  Silap-silap keracunan anak I menjilat lantai kalau tak betul2 bersih n guna pulak sabun yang bertoksik n beracun..  Lagi pula, tangan Lia ni sensitip... Sesetengah sabun tu akan menghakis tangan ku, sampai mengelupas jadinya... ish-ish-ish... sah2 banyak toksik tu... Yang bestnya guna Basic H2 Organic ni letak cket je tapi dapat kesan yang amat memuaskan.  Letak 5-6 titik ke dalam 1/2 baldi air dah dapat mop satu rumah.. (depends pada saiz rumah jugak la... kalo rumah saiz macam istana agak-agak la yerk :D ).  Tak perlu bilas pon tak pe... Sesuai sangat la untuk mommies yang berkerjaya ni... Jimat masa... jimat wang... Beli sebotol tu, walaupun kecil tapi dah dekat 2 bulan da Lia guna masih belum habis lagi.... Best kan..

So, Lia promote korang semua bertukarlah kepada produk yang tidak memudaratkan kesihatan.  Pilihlah yang organik...  Lia suka aje yang green-green ni...  Bukan saja baik untuk kita, tapi baik untuk bumi kita... Betul tak Kak Chitt... 

Haaa, ni lah rupanya.... terbaeekkk daripada Shaklee





Jika berminat untuk mencuba hubungi Lia untuk membuat pesanan.  
SMS/Call/Whatsapp : 019-2150710
Like FB page : Liavendor Vitamin Shoppe

Comments

Popular posts from this blog

Supplement Shaklee Pelengkap Nutrisi Sayuran Dan Buahan Yang Tercemar

"Malam ni masak sayur ape ye?" Setiap kali waktu makan kita akan pastikan ada menu berasaskan sayuran. Hal ini kerana, kita tahu bahawa sayuran dan buahan kaya dengan pelbagai nutrien. Kalau boleh kita nak makan sayur dan buah banyak-banyak untuk mendapat segala khasiat padanya. Tapi, perlu diketahui juga bahawa buahan dan sayuran juga boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan kita kesan daripada penggunaan racun serangga dan bahan kimia. Trend masyarakat sekarang pula lebih  cenderung untuk membeli sayuran dan buahan berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok. Sayuran dan buahan yang kelihatan berwarna pucat atau berlubang dimakan serangga tidak dipandang. Walhal sayuran itu patut dibeli kerana  menandakan ia kurang terlibat dengan penggunaan bahan kimia. Logiknya, kita makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh.  Tetapi pernahkah kita fikir sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya? Bagi yang masih berkesempatan menanam sayur...

Set Tambah Tenaga untuk Super Momma

"Akak nampak lagi sihat compare dengan tahun sebelum ni. Muka nampak merah. Nampak sihat la.." Alhamdulillah.  Syukur sangat bila dengar camni, setelah diuji dengan ujian yang Lia rasakan cukup berat buat Lia pada tahun lepas. Ujian yang berkaitan dengan nikmat hidup dan nikmat sihat. Bila diuji gitu kita akan lebih menghargai tubuh badan kita. Insya Allah, akan ku jaga dan ikhtiar yang terbaik.  Selebihnya hanya kepada Engkaulah aku bergantung. Pada pendapat peribadi Lia, antara cantik dan sihat, of coz la sihat yang diutamakan dulu. Tapi, kalau kedua-duanya datang serentak itu adalah bonus.  Ironinya, kita akan nampak sihat apabila badan kita cergas dan bertenaga. Buat itu, buat ini n buat macam-macam dalam sehari tapi still maintain bertenaga. Takdelah setiap hari asyik  melepet je, macam orang tak cukup makan gayanya. Especially, kita yang bergelar working mom ni. Tenaga memang all out sepanjang hari bermula bangun tidur sehinggalah kita pejamkan...

Tambah Nilai Susu Ibu Dengan Supplement Berasaskan Bahan Semulajadi

"Susu awak tak cukup zat ni. Sebab tu berat anak awak naik cket ja" Mak aih. Sentap juga bila nurse cakap gini. Apa yang kita tahu susu ibu ialah susu yang terbaik. Suka hati dia pula cakap camni.  Ini peristiwa dulu. Waktu check up anak sulung tika baby. Waktu baru bergelar seorang mama. Waktu ILMU breastfeeding masih cetek. Aci la kan kalau tersentap pun. Waktu ni, anak sulung hanya sempat menyusu badan lebih kurang dua bulan sahaja. Sedih dan rasa ralat sangat.  Sebab tu, bila pregnant anak kedua, Lia dah pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun. So, semasa mengandung lagi Lia dah mula aktif cari info tentang penyusuan bayi. Alhamdulillah, dipermudahkanNya. Doa banyak-banyak dan hati perlu kuat dan kental. Insya Allah, berjaya. Bila dikenang balik, ada betulnya apa yang nurse tu cakap 7 tahun lepas tu. Memang tak dinafikan susu ibu ni anugerah terindah yang diibaratkan sebagai Titisan Emas. Malah ia dinobatkan sebagai susu yang terbaik. Memang macam emas ...