Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema
kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak.
Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic
Eczema. Eczema akan menyebabkan
kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah
bergantung kepada keadaan pesakit.
Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit
eczema. Kali ni, Lia sendiri rasai
sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini. Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin
baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi
sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema.
Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah
mengalami masalah kulit. Kulitnya halus
dan cantik seperti bayi-bayi lain. Masuk
8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.
Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi
melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa. Huhu…
Jumpa doc biasa tak jalan. So,
kami bawa jumpa Pakar Kanak-kanak. Masa
tu, doc pakar cakap Infection kuman.
Lepas pekena ubat Alhamdulillah, berkesan. Tapi, berkesan untuk hilangkan yang dah ada
kat kulit. Kena gigit lagi, timbul balik
biji-biji air tu. Berterusan macam tu
sehingga berumur 9 bulan. Macam-macam
ubat dah dicuba.
Seminggu lepas, kami semua balik kampung sempena cuti
sekolah. Hari kedua di kampung kulit
Nawfal kemerah-merahan seakan-akan digigit nyamuk. Kalau org Kelate panggil “BBedhe”.. mcm gatal
apabila terkena ulat bulu tu… kami terus bawa Nawfal jumpa Pakar Kulit di
KB. Doc cakap allergy. Selepas
makan dan sapu ubat yang diberi, keesokkan harinya, kami terkejut
melihat muka Nawfal yang bengkak dan kering, sekeliling mulut dan mata. Kesian sangat tengok muka anak yang dah
nampak lain dan asyik menangis gatal agaknya.
Bibir mulut kering sampai tahap berdarah. Kami bawa Nawfal ke klinik berdekatan dan doc
tidak memberi sebarang ubat dan meminta kami meneruskan ubat kecuali ubat
selsema. Pada keesokkan paginya, keadaan
Nawfal masih tiada perubahan. Bayangkan
betapa hiba hati Lia kerana Nawfal seorang baby yang aktif dan suka tersenyum
menampakkan lesung pipit di kedua-dua
belah pipinya, hanya masam mencuka disebabkan kulitnya yang terlalu kering. Tidak berpuas hati, kami membawa Nawfal ke
klinik lain. Doktor memberikan ubat
makan dan sapu dan berpendapat Nawfal mungkin alah pada ubat sebelumnya. Namun, setelah menggunakan ubat yang
diberikan 2-3hari, keadaan tetap tiada perubahan. Malahan, kulit muka Nawfal menjadi merah dan
bahagian gatal semakin menebal. Di bahagian
kepala dan kaki turut gatal. Keadaannya
sangat menyedihkan kerana asyik merengek kerana gatal dan sukar untuk
tidur.
Sekitar bibir mulut dan mata yang membengkak dan kering |
Kulit kering berubah menjadi merah dan still bengkak. |
Memandangkan kami berada di rumah mertua di Terengganu, kami meninjau klinik yang terbaik. Hasil
maklumat daripada kawan-kawan En.Suami, kami membawa Nawfal ke sebuah klinik
yang dikatakan terkenal di KT.
Alhamdulillah, akhirnya kami telah bertemu dengan klinik yang amat
memuaskan hati kami kerana keadaan Nawfal beransur pulih dan kulitnya kembali cantik.
Kulit saya dah semakin pulih... |
Kami bertemu Doktor Sulaiman, dan beliau mengesahkan bahawa
Nawfal mengidap Eczema. Apa yang
menariknya di klinik ini, Doktor Sulaiman mengeluarkan beberapa buah buku dan
membaca fakta mengenai eczema serta menunjukkan gambar yang berkaitan. Beliau menerangkan dengan jelas berkaitan
penyakit ini.
Fakta mengenai Eczema yang diperolehi daripada perjumpaan
tersebut ialah :
- Eczema tidak berjangkit
- Eczema merupakan penyakit keturunan. Sekiranya dalam sejarah keluarga ada yang
mengidap resdung , ashma atau alergik, kebarangkalian untuk mendapat penyakit
ini adalah tinggi
- Pesakit Eczema sensitif pada
cuaca, alahan terhadap makanan atau ubat-ubatan tertentu
- Eczema tidak boleh dirawat
sepenuhnya (menurut Doc Sulaiman) kerana ia hanya akan berhenti apabila anak
berusia 5-7 tahun. Ia hanya boleh
dikawal supaya tidak merebak dan supaya tidak serius.
- Eczema akan menyebabkan kulit
menjadi sangat gatal
Pantang-larang yang perlu dipatuhi bagi mengawal
penyakit eczema ialah :
- Terus sapu ubat sekiranya anak
anda digigit serangga atau gatal-gatal – bukan sebarang ubat ye. Ubat yang sesuai dengan kulit baby dan
dipreskripsikan oleh doc.
- Jangan biarkan anak menggaru di
kawasan yang gatal. Sekiranya perlu,
pakaikan sarung tangan pada bayi anda.
- Jangan mandikan bayi dengan
sebarang sabun walaupun sabun mandian bayi kerana ia hanya akan mengeringkan
kulit bayi anda. Sabun gamat tidak
sesuai kerana ia berasaskan bahan laut.
- Jaga pemakanan. Jika menyusu badan, ibu perlu berpantang makanan
laut seperti ketam, sotong dan udang.
Haa, itulah serba sedikit maklumat yang Lia
perolehi daripada Doktor Sulaiman. Tapi
kan, Lia kaji juga mengapa sebelum 6 bulan Nawfal tiada sebarang masalah kulit.
?? Malah, ada yang memberitahu kulit Nawfal cantik dan halus. Hasil daripada pengamatan Lia, Nawfal ni
fully breast feed. So, sebelum Nawfal berusia 6 bulan Lia tak
pernah skip minum ESP bagi menambah nutrisi susu ibu. Suplemen seperti Alfalfa, Vitalea, B-Compex
dan Ostematrix juga Lia tidak pernah culas.
Tetapi semenjak Nawfal berusia 6 bulan dan telah mula makan, memang Lia
mengaku agak culas untuk makan Alfalfa dan B-Complex. Alasan : susu akan cukup sebab Nawfal dah mula
makan. Huhuhu… Bila dikaji balik, Alfalfa dan B-Complex
adalah vitamin yang disarankan untuk pesakit Eczema. Hmm, baru ku perasan. Ada hikmahnya juga disebalik segala dugaan
yang diturunkan. Sekarang ni, memandangkan
Nawfal masil menyusu badan, Lia akan mengikut pantang-larang yang diberitahu
oleh Doktor Sulaiman tu. Sebolehnya, Lia akan cuba ikhtiar untuk elakkan kulit Nawfal disapu ubat. Risau juga kot-kot ada steroid ke kan. Fisrt of all, Lia
akan jaga pemakanan dan akan pastikan Lia makan Set Untuk Eczema iaitu Alfalfa,
B-Complex, Vitamin C dan GLA. Tak lupa juga untuk makan Vivix.. (hihihi, bukan dapat kesan pada anak je ni). Alhamdulillah setakat ini memberi kesan yang baik. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk yang menghadapi anak yang mengidap eczema. :)
Nawfal bersama abang Nujaid seminggu sebelum eczema teruk |
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Untuk Eczema, boleh hubungi Lia di 019-2150710 / 019-2281918.
Comments
Post a Comment