Skip to main content

Cloth Pad Keperluan Semua Wanita

Alhamdulillah.  Akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk menghasilkan sendiri cloth pad.  Dah lama sangat teringin buat dan jahit sendiri cloth pad ni.  Tercapai juga hasrat hati ni.  Apapun Lia sangat teruja melihat hasilnya yang membanggakan diri sendiri.  Hihihi....  Tak sabar nak guna.  Tunggu 'peot' dulu lah ye... ;) ~ dah try pas jahit aritu sangat selesa dan lembut.

Setahun lepas kot, ada tengok- tengok kat kedai baby.  Belek punya belek macam kacang je nak buatnye.  Tuh yang terdetik nak cuba buat sendiri.  Apalagi tak tunggu lama, bila dah tengah berkobar-kobar tu terus la google 'how to sew cloth pad'... Mmm, macam- macam pattern dan cara ada.  Save je dalam laptop pastu peram sampai ntah bila nak buat. (Lia la tu... Lalallala)

Dua minggu lepas, hujung minggu yang terasa sangat malas untuk mengemas rumah dan melipat kain. Kihkihkih... Tapi terasa rajin dan teringin buat cloth pad yang telah terkubur dek kekangan masa. Nv50 Lia pon baru je pas servis.  Apalagi merempit la kerjanya.  Bertemankan dua orang anak teruna aka pembantu yang tak bertauliah dan 'guru' wajib iaitu Mr Google. Hihihi.. In case ada kekeliruan.  Mr. Hb pun xde buat program, lagi senang.

Susah ke nak jahit cloth pad ni? Mmm, senang je sebenarnya. Yang penting teknik yang kita pilih atau gunakan tu.  So, jangan risau tak menjadi.  Try n error, ubah mana yang patut ikut keselesaan kita yang memakai dan yang menjahitnya.  Hasilnya, berjaya la buat 4 keping dalam pelbagai teknik jahitan.  Itu pun selepas penat berperang dengan dua orang anak.  Nampak macam sama je kan.  Tapi teknik jahit lain-lain.  Pasni dah tau teknik yang paling senang dan cepat.  Ada masa Lia share cara menjahitnya dan bahan yang digunakan ye.

Inilah hasilnya....  comel je kan.  Colorful, kalis air, washable.  So, kaum wanita jom bertukar kepada yang lebih selamat dan semulajadi. Jadikan ia salah satu barang keperluan yang wajib anda miliki.  Yeahaa...

Cloth Pad



# Period tidak teratur? Cubalah GLA Complex Shaklee.... Hubungi Lia untuk konsultasi dan harga.  019-215 0710.

Comments

Popular posts from this blog

Collagen Selamat dan Boleh di Ambil oleh Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Lia terpanggil untuk share tentang salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi ibu-ibu yang menyusu aka breastfeeding mom.  Persoalannya ialah "Saya menyusuu... boleh ke saya makan Collagen ?"... Haa, cane nak jawab tu.... Garu kepala jugak jap...  Ok, lah...Sebenarnya Lia pon fully BF mommy... Yeayyy :)) dan Lia pon ada makan collagen. Alhamdulillah setakat ni non hado apa2 masalah.  Semata2 nak bagi jawapan yang ada keesahannya, makanya I sanggup U buat research utk U all semua.. hihik... gurau je tu.. Jujurnya Lia pon nak tahu juga apa kata orang yang lebih pakar tentang hal ni... Ibu-ibu menyusu macam kita-kita ni pon ada hati n perasaan gak nak chantek-chantek kulit tulus mulus kann... kihkihkih Hasil bacaan daripada research yang dibuat, rata2 pediatrician cakap BULEHH aje... Sebabnya collagen ni ialah sumber protein. Protein pula sememangnya diperlukan dalam penghasilan susu.  So, ia takkan gan

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak. Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema .  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit. Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema. Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa. 

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula n