Skip to main content

Posts

Jangan Panik Bila Stok Susu Tak Cukup

Alhamdulillah... Lia tumpang gembira apabila dengar kawan-kawan yang dah lama berusaha nak tambah anak tercapai.  Ada yang bakal dapat anak kembar sepasang lagi. Lia pula yang rasa teruja. :-) Biasalah bila borak-borak pasal baby timbul bab menyusu baby. Masing-masing yang dah bergelar ibu dan berjaya menyusukan baby berkongsi pengalaman mereka cara untuk maintain penghasilan susu. Lia masa tu dengar dan angguk je sebab masing-masing excited nak bercerita... ;b Lagi sebulan Nawfal akan mencecah umur 2 tahun.  Alhamdulillah sehingga hari ini dia masih menyusu badan.  Pelbagai rintangan dan dugaan perlu dilalui untuk mencapai hasrat menyusukan Nawfal selama 2 tahun.  Paling tak dilupa semasa Nawfal sembilan bulan, Lia demam teruk.  Doc cakap demam virus tapi gejalanya seakan demam denggi.  Satu badan sakit sendi, sakit kepala, keluar bintik merah dan dehidrasi.  Setiap hari perlu repeat blood test. Huhu... Selama lebih kurang sembilan hari L...

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye. ...

Denggi Oh Denggi : Cara Alternatif Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni suami dah boleh kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti kerana demam denggi.  Alhamdulillah juga, hari ni juga Lia MC sebab suara mula tidak keluar, sakit tekak dan lenguh-lenguh badan setelah hampir seminggu menjaga suami dan anak yang demam :)  Maklumlah, bila Baby Tua  sakit ni lain sikit gayanya.  Beban mula terasa apabila semua benda terpikul dibahu kita seorang.  Memang rasa tak sabar Baby Tua nak kembali sihat. Hihihi... Denggi ni  merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia.  Tengok akhbar semalam pun isu denggi terpapar di muka hadapan surat khabar. Ia adalah jangkitan virus yang  merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti  yang menyebabkan demam .   Nyamuk Aedes Minggu lepas, suami Lia disahkan demam denggi.  Kesian sangat tengok dia demam.  Dia jenis yang jarang sakit.  Kalau demam sikit-sikit tu biasanya tetap m...

Promosi Berganda Shaklee September 2014 Paling Hangat

Mak aii... Bestnya promosi Shaklee bulan ni.  Double promotion tu.  Bukan aje untuk mommies yang GILAkan kecantikan tapi juga untuk yang NAK anak-anak bertambah SIHAT. Bagai nak tersembul biji mata bila dapat mesej promosi Shaklee bulan ni.  Collagen Powder dan Mealshake.  Kedua-duanya produk yang boleh dikatakan terlajakkk lakuu.... Beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder dapat free sekotak.  Dengan hanya membeli 4 tong Mealshake dapat free satu tong.  Alang-alang promosi beli buat stok setahun terus. Hihihi.... Bukan sekadar dapat produk yang dibeli tu... Dengan pembelian set promosi bulan ni untung-untung dapat free membership registration dan dapat rebate bulan berikutnya... Apa tunggu lagi. Sape nak try, order, rasa or ape-ape je boleh hubungi Lia.... 019-2150710

Cara Atasi Rasa Takut Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi

Lama sungguh menyepi, jangan berkulat sudah blog momma ni, abang Aid oi... Hihi Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti... Lia pon bercuti, tapi tak la seindah mana.. Huhu... Ni hari kelima "berpantang" akibat minor operation buang gigi bongsu... Full stop! Bab tu Lia cerita kemudian.  Belom betul-betol sembuh seriau pula nak menyebutnya:-) Hari ni, Lia nak berkongsi tips... Cara nak atasi rasa takut anak berjumpa doktor gigi... Ni daripada pengalaman Lia sendiri semasa kecil-kecil dulu dan hasil bacaan juga... Tentu semua orang tahu kan, berapa ramai yang takut dan fobia nak berjumpa doktor gigi. Bukan aje budak kecil, orang tua pun takut nak berjumpa doktor gigi.. Kenapa agaknya ye??? Cuba tengok gambar ni, enjoy je si comel ni duduk di samping doktor gigi.  Mampukah kita mendidik anak atau diri sendiri agar tidak takut untuk berjumpa doktor gigi... Berikut merupakan beberapa tips atau cara mendidik anak-anak agar tiada rasa takut berjumpa doktor...

Cara Mengubah Tabiat Buruk Pasangan

Assalamualaikum... Hihi... Entry arini tentang cara nak ubah tabiat buruk pasangan anda.  Bila dah nama tabiat buruk, komfem anda tak suka kan. Caranya mudah saja.  Jangan marah-marah, jerit-jerit atau membebel-bebel kerana lelaki/wanita memang anti benda tu semua.  Kita gunakan cara halus... Cara halus ni bukannya pegi jumpa bomoh bagai.  Itukan syirik...  Tak mau naa... Apa yang dimaksudkan cara halus di sini ialah cari dan gunakan kelemahan mereka.  Contohnya, jika kelemahannya ialah anak-anak, jadikan anak sebagai umpannya.  Depends pada situasi anda.  Selamat mencuba dan semoga berjaya mengubah tabiat buruk pasangan anda. ;-) Ini hanya sekadar contoh.  Alhamdulillah,semuanya ok.  Gunakan kreativiti anda.  Anda lebih tahu dan faham kelemahan suami anda.  Do ur best :-)

Bubur Beras Merah Bangkitkan Selera Anak

Assalamualaikum.  Hari ni Lia nak share resepi bubur beras merah kesukaan anak2 Lia.  Biasanya Lia guna beras putih je untuk dibuat bubur.  Tetapi Sebulan lepas Nawfal cirit birit dan muntah-muntah.  Berat badannya turun mendadak.  Kebetulan masa tu, pergi check up masuk umur  setahun.  Timbang 7.3 kg je.  Terkejut juga Lia bila tengok graf perkembangan dia menurun.  Nurse nasihatkan supaya Nawfal diberikan vitamin.  Semenjak Nawfal cirit birit tu memang selera makannya menurun.  Bila disuap makanan dikoreknya balik.  Susu pun harapkan susu mama je.  Susu botol kat rumah pengasuh pun kurang.  Risau juga kan.. Kebetulan waktu tu balik kampung.  MIL cadangkan buat bubur beras merah.  Bila Lia cuba buat Nawfal tak suka sangat.  Mungkin sebab beras merah ada sedikit bau. Mmm, puas berfikir dan mencari resepi akhirnya berjaya juga hasilkan resepi yang menambat hati anak-anak.  Seronok tengok mereka m...