Skip to main content

Posts

Promosi Berganda Shaklee September 2014 Paling Hangat

Mak aii... Bestnya promosi Shaklee bulan ni.  Double promotion tu.  Bukan aje untuk mommies yang GILAkan kecantikan tapi juga untuk yang NAK anak-anak bertambah SIHAT. Bagai nak tersembul biji mata bila dapat mesej promosi Shaklee bulan ni.  Collagen Powder dan Mealshake.  Kedua-duanya produk yang boleh dikatakan terlajakkk lakuu.... Beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder dapat free sekotak.  Dengan hanya membeli 4 tong Mealshake dapat free satu tong.  Alang-alang promosi beli buat stok setahun terus. Hihihi.... Bukan sekadar dapat produk yang dibeli tu... Dengan pembelian set promosi bulan ni untung-untung dapat free membership registration dan dapat rebate bulan berikutnya... Apa tunggu lagi. Sape nak try, order, rasa or ape-ape je boleh hubungi Lia.... 019-2150710

Cara Atasi Rasa Takut Anak-anak Berjumpa Doktor Gigi

Lama sungguh menyepi, jangan berkulat sudah blog momma ni, abang Aid oi... Hihi Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti... Lia pon bercuti, tapi tak la seindah mana.. Huhu... Ni hari kelima "berpantang" akibat minor operation buang gigi bongsu... Full stop! Bab tu Lia cerita kemudian.  Belom betul-betol sembuh seriau pula nak menyebutnya:-) Hari ni, Lia nak berkongsi tips... Cara nak atasi rasa takut anak berjumpa doktor gigi... Ni daripada pengalaman Lia sendiri semasa kecil-kecil dulu dan hasil bacaan juga... Tentu semua orang tahu kan, berapa ramai yang takut dan fobia nak berjumpa doktor gigi. Bukan aje budak kecil, orang tua pun takut nak berjumpa doktor gigi.. Kenapa agaknya ye??? Cuba tengok gambar ni, enjoy je si comel ni duduk di samping doktor gigi.  Mampukah kita mendidik anak atau diri sendiri agar tidak takut untuk berjumpa doktor gigi... Berikut merupakan beberapa tips atau cara mendidik anak-anak agar tiada rasa takut berjumpa doktor...

Cara Mengubah Tabiat Buruk Pasangan

Assalamualaikum... Hihi... Entry arini tentang cara nak ubah tabiat buruk pasangan anda.  Bila dah nama tabiat buruk, komfem anda tak suka kan. Caranya mudah saja.  Jangan marah-marah, jerit-jerit atau membebel-bebel kerana lelaki/wanita memang anti benda tu semua.  Kita gunakan cara halus... Cara halus ni bukannya pegi jumpa bomoh bagai.  Itukan syirik...  Tak mau naa... Apa yang dimaksudkan cara halus di sini ialah cari dan gunakan kelemahan mereka.  Contohnya, jika kelemahannya ialah anak-anak, jadikan anak sebagai umpannya.  Depends pada situasi anda.  Selamat mencuba dan semoga berjaya mengubah tabiat buruk pasangan anda. ;-) Ini hanya sekadar contoh.  Alhamdulillah,semuanya ok.  Gunakan kreativiti anda.  Anda lebih tahu dan faham kelemahan suami anda.  Do ur best :-)

Bubur Beras Merah Bangkitkan Selera Anak

Assalamualaikum.  Hari ni Lia nak share resepi bubur beras merah kesukaan anak2 Lia.  Biasanya Lia guna beras putih je untuk dibuat bubur.  Tetapi Sebulan lepas Nawfal cirit birit dan muntah-muntah.  Berat badannya turun mendadak.  Kebetulan masa tu, pergi check up masuk umur  setahun.  Timbang 7.3 kg je.  Terkejut juga Lia bila tengok graf perkembangan dia menurun.  Nurse nasihatkan supaya Nawfal diberikan vitamin.  Semenjak Nawfal cirit birit tu memang selera makannya menurun.  Bila disuap makanan dikoreknya balik.  Susu pun harapkan susu mama je.  Susu botol kat rumah pengasuh pun kurang.  Risau juga kan.. Kebetulan waktu tu balik kampung.  MIL cadangkan buat bubur beras merah.  Bila Lia cuba buat Nawfal tak suka sangat.  Mungkin sebab beras merah ada sedikit bau. Mmm, puas berfikir dan mencari resepi akhirnya berjaya juga hasilkan resepi yang menambat hati anak-anak.  Seronok tengok mereka m...

Vivix Bantu Atasi Pendarahan Akibat Cyst

Assalamualaikum.. Salam Dhuha kepada semua kawan-kawan yang Lia sayangi.  Alhamdulillah, diberi kesempatan waktu untuk berkongsi testimoni salah seorang pengguna Vivix, Shaklee.  Ini adalah perkongsian seorang kakak aka rakan satu tempat kerja Lia yang telah menjalani pembedahan membuang cyst.  Lia sampaikan dalam bentuk cerita, kerana testimoni ini hasil perbualan kami. Kak M mula mengambil Vivix setelah menjalani pembedahan membuang Cyst.  Setelah mengambil Vivix Kak M cakap terasa berberbeza dan makin sihat.  Yang paling menggembirakan Kak M ialah bleeding atau pendarahan yang sering keluar sewaktu 'bersama' telah tiada.  Ada suatu ketika, Vivix habis dan Kak M terlewat membeli bekalan Vivix, darah keluar semula sewaktu bersama.  Semenjak hari itu, suaminya berpesan supaya memastikan bekalan Vivix tidak putus.  Apalagi, terus Kak M register jadi ahli hanya untuk makan sendiri. Apabila mendengar respons positif daripada pengguna L...

Cloth Pad Keperluan Semua Wanita

Alhamdulillah.  Akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk menghasilkan sendiri cloth pad .  Dah lama sangat teringin buat dan jahit sendiri cloth pad ni.  Tercapai juga hasrat hati ni.  Apapun Lia sangat teruja melihat hasilnya yang membanggakan diri sendiri.  Hihihi....  Tak sabar nak guna.  Tunggu 'peot' dulu lah ye... ;) ~ dah try pas jahit aritu sangat selesa dan lembut. Setahun lepas kot, ada tengok- tengok kat kedai baby.  Belek punya belek macam kacang je nak buatnye.  Tuh yang terdetik nak cuba buat sendiri.  Apalagi tak tunggu lama, bila dah tengah berkobar-kobar tu terus la google 'how to sew cloth pad'... Mmm, macam- macam pattern dan cara ada.  Save je dalam laptop pastu peram sampai ntah bila nak buat. (Lia la tu... Lalallala) Dua minggu lepas, hujung minggu yang terasa sangat malas untuk mengemas rumah dan melipat kain. Kihkihkih... Tapi terasa rajin dan teringin buat cloth pad yang telah terkubur dek kekangan...

Khasiat Beras Merah Untuk Si Manja

Beras merah merupakan sejenis makanan yang sangat baik untuk diberikan kepada si manja. Kandungannya yang kaya dengan pelbagai jenis zat makanan amat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan anak. Antara khasiat beras merah ialah mengandungi ; 1) Vitamin B1, B6 & B 12 ~ membantu meningkatkan pembentukan tenaga dalam tubuh.  Vit B6 berfungsi mengawal penghasilan hormon serotonin dan membantu pembentukan sel darah merah.  Serotonin berfungsi mengawal pola tidur agar tidur lebih teratur. 2) Mineral ~ membantu pertumbuhan tulang, gigi, otot dan rambut bayi 3) Serat (fiber) ~ membantu masalah pencernaan dan dapat mencegah sembelit 4) Tiamin ~ membantu perkembangan sel saraf dan jantung 5) Fosforus ~ membantu perkembangan rangka si manja 6) Zinc ~ berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh dan membantu mengeringkan luka dengan lebih cepat 7) Magnesium ~ mencegah gejala asthma 8) membantu mengawal rasa lapar Sebagai ibu bapa, pilihl...