Skip to main content

Tips Minum Banyak Air Di Bulan Ramadhan

Biasanya di bulan Ramadhan ni, ramai antara rakan-rakan atau ahli keluarga kita yang mengalami masalah bibir kering, bibir berdarah, ulser dan kulit kering. Salah satu puncanya adalah kerana kurang pengambilan air kosong.  Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan supaya kita dapat minum air 2-3 liter sehari. 


  • Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong
  • Kurangkan minum air berperisa semasa berbuka kerana ia akan mengurangkan pengambilan air kosong
  • Banyakkan meminum air kosong selepas terawih.  Bawa sebotol air kosong semasa berterawih dan minumlah selepas salam di antara setiap solat
  • Minum air suam.  Air suam lebih mudah ditelan berbanding air kosong terutamanya pada waktu bersahur
  • Kurangkan minum minuman sejuk kerana air yang sejuk akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman.  Air sejuk hanya boleh memberi kepuasan bagi menghilangkan dahaga segera.
  • Elakkan minuman berkafein @ berkarbonat
  • Minumlah air kosong dengan tertib kerana jika tidak tertib, anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas bersahur
  • Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula proses minum air kerana air mempunyai molekul oksigen dan hydrogen. Di dalam badan kita juga ada molekul tersebut. So, jika kita minum dengan laju tindak balas tak sempat berlaku untuk penyerapan. Jadi ianya terus ke ginjal dan penuh.  Makanya, ginjal tak sempat nak turas, terus keluar.  Jika kita minum perlahan-lahan, dengan bantuan oksigen yang diinhalasi dari udara air tersebut akan terurai dan menjadi molekul ringkas yang sempat di angkut oleh badan untuk kegunaan bagi rehidrasi sel
  • Jangan minum berdiri kerana kesan graviti. Logiknya, apabila berdiri air akan 'turun laju' dari ruang esofagus ke perut usus akan terus ke  kidney.  Ikutilah sunnah Rasulullah SAW iaitu minumlah dalam keadaan duduk

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...