Skip to main content

Keguguran Rambut Boleh Di Atasi Dengan Vitamin

Rambut adalah organ ringkas yang amat dihargai oleh kaum wanita.  Menjadi igauan ngeri kepada kaum wanita apabila mengalami masalah rambut gugur. Walaubagaimanapun, ia juga akan menjadi kerisauan kepada kaum lelaki apabila kepala mula membotak.  Biasanya, mereka akan cuba menyembunyikannya dengan cara membotakkan kepala atau memakai topi untuk menutup rasa aib terhadap perubahan di kepalanya.
Masalah keguguran rambut merupakan perkara biasa yang sering dialami oleh orang dewasa. Biasanya rambut gugur  terjadi kepada kaum lelaki apabila dah berusia dan kaum wanita selepas bersalin.  Namun begitu, keguguran rambut yang melampau akan membuatkan kita menjadi stress terutamanya apabila melihatkan rambut yang melekat pada sikat, di lantai, di bantal dan sebagainya.


Realitinya, rambut kita sering mengalami proses gugur - tumbuh kembali.  Malah beberapa kajian telah dilakukan untuk membuktikan bahawa kadar keguguran rambut yang normal antara 50 - 80 helai sehari.  Apa yang merisaukan kita ialah apabila kadar pertumbuhan rambut yang lambat yang akan membuatkan rambut kelihatan tipis dan kepala kelihatan membotak.
Walaubagaimanapun, masalah rambut gugur dalam kalangan wanita lepas bersalin bukanlah satu perkara aneh. Keguguran rambut yang kritikal selepas bersalin sinonim dengan anak mula mengeluarkan buih atau menyembur air liur.  Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah ini terjadi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. 
Rambut perempuan yang mengandung dikatakan lebih kuat berbanding perempuan biasa. Selepas 3 - 6 bulan bersalin, rambut yang sepatutnya gugur sewaktu mengandung akan mula gugur bersama-sama rambut yang memang sepatutnya gugur.  Oleh sebab itulah, kita akan nampak rambut yang gugur sangat banyak dan kritikal.

Fakta Mengenai Keguguran Rambut Ibu Lepas Bersalin :
  • Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  • Perubahan hormon setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  • Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak kerana ia akan kembali normal sebaik bayi berusia setahun.
  • Biasanya, 5 hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
  • Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  • Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  • Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  • Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali normal seperti sebelumnya selepas 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  • Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Punca-punca Keguguran Rambut :
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya rambut gugur.  Antaranya ialah faktor hormon, penyakit, ubat-ubatan, trauma, gangguan emosi, keturunan dan stail penggayaan rambut.
Faktor Hormon
Hormon yang tidak stabil adalah punca utama keguguran rambut yang serius. Ketidakstabilan hormon ini selalunya disebabkan oleh kehamilan, melahirkan anak, pengamalan pil perancang dan menopos (menopause).
  • Kehamilan -> keadaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormon di peringkat yang optimum.
  • Melahirkan Anak -> keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menjadi tidak stabil.
  • Pengamalan Pil Perancang -> boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil dan mengakibatkan keguguran rambut.
  • Menopaus -> boleh menyebabkan rambut gugur kerana badan tidak lagi mengeluarkan hormon wanita, yang mana menyebabkan rambut menjadi lemah, mudah gugur dan rambut kering.
Faktor Penyakit 

Terdapat pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan keguguran rambut termasuklah masalah Thyroid, Alopecia Areata, jangkitan kulat atau masalah kulit seperti lupus atau diabetes.  Jalanilah pemeriksaan doktor sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut teruk di samping keadaan kesihatan yang tidak memuaskan.

Faktor Ubat-Ubatan 
Terdapat ubat-ubatan yang boleh menyebabkan keguguran rambut samada ubat moden atau herbal.  Ubat yang digunakan untuk merawat kenser boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara.  Selain itu, ubat pencair darah, ubat gout, ubat arthritis, ubat tekanan darah tinggi, ubat sakit jantung, ubat depress dll.  (Rujuk pakar perubatan anda) 
Faktor-faktor Lain
  • Trauma akibat tarikan kuat pada rambut
  • Gangguan emosi dan stress
  • Stail penggayaan rambut -> menarik atau mengikat rambut terlalu ketat dan kuat
  • Faktor Keturunan - > keguguran rambut juga diwarisi daripada ibu bapa kita.

Vitamin Untuk Masalah Rambut


Vitalea - with iron formula (multivitamin dan multimineral)
B Complex
Zinc Complex
Vita-C
Vita-E

Untuk dapatkan vitamin-vitamin untuk rambut yang sihat, hubungi saya untuk membuat pesanan & konsultasi.

SMS/Whatsapp : 019-2150710 @ 019-2281918
Like Fb Page : Liavendor Vitamin Shoppe

Comments

  1. Mahal tak aliah? ... saya rasa saya perlu buat sesuatu tentang rambut saya ni.. teruk sangat gugurnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la... saya pon alaminya juga... takot je bila tengoknya kan... harga mampu milik lg.. untuk kesihatan n kecantikan diri kita... :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...