Skip to main content

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..


Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak.

Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema.  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit.

Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema.

Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa.  Huhu…  Jumpa doc biasa tak jalan.  So, kami bawa jumpa Pakar Kanak-kanak.  Masa tu, doc pakar cakap Infection kuman.  Lepas pekena ubat Alhamdulillah, berkesan.  Tapi, berkesan untuk hilangkan yang dah ada kat kulit.  Kena gigit lagi, timbul balik biji-biji air tu.  Berterusan macam tu sehingga berumur 9 bulan.  Macam-macam ubat dah dicuba.

Seminggu lepas, kami semua balik kampung sempena cuti sekolah.  Hari kedua di kampung kulit Nawfal kemerah-merahan seakan-akan digigit nyamuk.  Kalau org Kelate panggil “BBedhe”.. mcm gatal apabila terkena ulat bulu tu… kami terus bawa Nawfal jumpa Pakar Kulit di KB.  Doc cakap allergy.  Selepas  makan dan sapu ubat yang diberi, keesokkan harinya, kami terkejut melihat muka Nawfal yang bengkak dan kering, sekeliling mulut dan mata.  Kesian sangat tengok muka anak yang dah nampak lain dan asyik menangis gatal agaknya.  Bibir mulut kering sampai tahap berdarah.  Kami bawa Nawfal ke klinik berdekatan dan doc tidak memberi sebarang ubat dan meminta kami meneruskan ubat kecuali ubat selsema.  Pada keesokkan paginya, keadaan Nawfal masih tiada perubahan.  Bayangkan betapa hiba hati Lia kerana Nawfal seorang baby yang aktif dan suka tersenyum menampakkan  lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, hanya masam mencuka disebabkan kulitnya yang terlalu kering.  Tidak berpuas hati, kami membawa Nawfal ke klinik lain.  Doktor memberikan ubat makan dan sapu dan berpendapat Nawfal mungkin alah pada ubat sebelumnya.  Namun, setelah menggunakan ubat yang diberikan 2-3hari, keadaan tetap tiada perubahan.  Malahan, kulit muka Nawfal menjadi merah dan bahagian gatal semakin menebal.   Di bahagian kepala dan kaki turut gatal.  Keadaannya sangat menyedihkan kerana asyik merengek kerana gatal dan sukar untuk tidur. 

Sekitar bibir mulut dan mata yang membengkak dan kering

Kulit kering berubah menjadi merah dan still bengkak.
Memandangkan kami berada di rumah mertua di Terengganu, kami meninjau klinik yang terbaik.  Hasil maklumat daripada kawan-kawan En.Suami, kami membawa Nawfal ke sebuah klinik yang dikatakan terkenal di KT.  Alhamdulillah, akhirnya kami telah bertemu dengan klinik yang amat memuaskan hati kami kerana keadaan Nawfal beransur pulih dan kulitnya kembali cantik.

Kulit saya dah semakin pulih...

Kami bertemu Doktor Sulaiman, dan beliau mengesahkan bahawa Nawfal mengidap Eczema.  Apa yang menariknya di klinik ini, Doktor Sulaiman mengeluarkan beberapa buah buku dan membaca fakta mengenai eczema serta menunjukkan gambar yang berkaitan.  Beliau menerangkan dengan jelas berkaitan penyakit ini. 

Fakta mengenai Eczema yang diperolehi daripada perjumpaan tersebut ialah :
-   Eczema tidak berjangkit
-   Eczema merupakan penyakit keturunan.  Sekiranya dalam sejarah keluarga ada yang mengidap resdung , ashma atau alergik, kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini adalah tinggi
-   Pesakit Eczema sensitif pada cuaca, alahan terhadap makanan atau ubat-ubatan tertentu
-   Eczema tidak boleh dirawat sepenuhnya (menurut Doc Sulaiman) kerana ia hanya akan berhenti apabila anak berusia 5-7 tahun.  Ia hanya boleh dikawal supaya tidak merebak dan supaya tidak serius.
-   Eczema akan menyebabkan kulit menjadi sangat gatal

Pantang-larang yang perlu dipatuhi bagi mengawal penyakit eczema ialah :
-   Terus sapu ubat sekiranya anak anda digigit serangga atau gatal-gatal – bukan sebarang ubat ye.  Ubat yang sesuai dengan kulit baby dan dipreskripsikan oleh doc.
-   Jangan biarkan anak menggaru di kawasan yang gatal.  Sekiranya perlu, pakaikan sarung tangan pada bayi anda.
-   Jangan mandikan bayi dengan sebarang sabun walaupun sabun mandian bayi kerana ia hanya akan mengeringkan kulit bayi anda.  Sabun gamat tidak sesuai kerana ia berasaskan bahan laut.
-   Jaga pemakanan.  Jika menyusu badan, ibu perlu berpantang makanan laut seperti ketam, sotong dan udang.


Haa, itulah serba sedikit maklumat yang Lia perolehi daripada Doktor Sulaiman.  Tapi kan, Lia kaji juga mengapa sebelum 6 bulan Nawfal tiada sebarang masalah kulit. ?? Malah, ada yang memberitahu kulit Nawfal cantik dan halus.  Hasil daripada pengamatan Lia, Nawfal ni fully breast feed.  So, sebelum Nawfal berusia 6 bulan Lia tak pernah skip minum ESP bagi menambah nutrisi susu ibu.  Suplemen seperti Alfalfa, Vitalea, B-Compex dan Ostematrix juga Lia tidak pernah culas.  Tetapi semenjak Nawfal berusia 6 bulan dan telah mula makan, memang Lia mengaku agak culas untuk makan Alfalfa dan B-Complex.  Alasan : susu akan cukup sebab Nawfal dah mula makan.  Huhuhu…  Bila dikaji balik, Alfalfa dan B-Complex adalah vitamin yang disarankan untuk pesakit Eczema.  Hmm, baru ku perasan.  Ada hikmahnya juga disebalik segala dugaan yang diturunkan.  Sekarang ni, memandangkan Nawfal masil menyusu badan, Lia akan mengikut pantang-larang yang diberitahu oleh Doktor Sulaiman tu.  Sebolehnya, Lia akan cuba ikhtiar untuk elakkan kulit Nawfal disapu ubat.  Risau juga kot-kot ada steroid ke kan. Fisrt of all, Lia akan jaga pemakanan dan akan pastikan Lia makan Set Untuk Eczema iaitu Alfalfa, B-Complex, Vitamin C dan GLA.  Tak lupa juga untuk makan Vivix.. (hihihi, bukan dapat kesan pada anak je ni). Alhamdulillah setakat ini memberi kesan yang baik.  Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk yang menghadapi anak yang mengidap eczema. :) 

Nawfal bersama abang Nujaid seminggu sebelum eczema teruk


Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Untuk Eczema, boleh hubungi Lia di 019-2150710 / 019-2281918.


Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...