Skip to main content

Suplemen Keperluan Wajib Untuk Kesihatan Optimum

Salam kasih-sayang buat semua. Hari ni, Lia nak berkongsi mengenai sebab mengapa badan kita perlukan suplemen.  Ramai yang masih bertanya atau tertanya-tanya mengapa kita perlu mengambil suplemen.  Terdapat beberapa sebab yang perlu diketahui.  Jom baca dan ketahui sebabnya.

1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada apa yang boleh diperolehi daripada makanan.  Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperoleh daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur.  Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar akan mempengaruhi kualiti sayur dan buah tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.  Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Bagi yang bekerja, makanan tengah hari selalunya di luar dan hidangan malam yang disediakan seringkas mungkin, mengakibatkan pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititik beratkan.

Bila dah baca fakta ni, baru kita tahu ada logiknya mengapa badan kita masih memerlukan suplemen kan.  Tak rugi pun sebenarnya kalau kita memperuntukkan sedikit duit gaji untuk kesihatan kita.  Rasa-rasanya bil ubat lagi tinggi nak  ditanggung bila dah jatuh sakit.  Nauzubillah.

Sekiranya korang sedang tercari-cari suplemen yang sesuai untuk keperluan tubuh badan korang, bolehlah hubungi Lia.  Khidmat nasihat percuma akan diberikan tau.

# nak join jadi ahli juga boleh hubungi Lia.. Salam sayang <3

CALL/SMS/WHATSAPP : 019-2150710 @ 019-2281918
Like fb page : Liavendor Vitamin Shoppe

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...