Skip to main content

Bubur Beras Merah Bangkitkan Selera Anak

Assalamualaikum.  Hari ni Lia nak share resepi bubur beras merah kesukaan anak2 Lia.  Biasanya Lia guna beras putih je untuk dibuat bubur.  Tetapi Sebulan lepas Nawfal cirit birit dan muntah-muntah.  Berat badannya turun mendadak.  Kebetulan masa tu, pergi check up masuk umur  setahun.  Timbang 7.3 kg je.  Terkejut juga Lia bila tengok graf perkembangan dia menurun.  Nurse nasihatkan supaya Nawfal diberikan vitamin. 

Semenjak Nawfal cirit birit tu memang selera makannya menurun.  Bila disuap makanan dikoreknya balik.  Susu pun harapkan susu mama je.  Susu botol kat rumah pengasuh pun kurang.  Risau juga kan..

Kebetulan waktu tu balik kampung.  MIL cadangkan buat bubur beras merah.  Bila Lia cuba buat Nawfal tak suka sangat.  Mungkin sebab beras merah ada sedikit bau.

Mmm, puas berfikir dan mencari resepi akhirnya berjaya juga hasilkan resepi yang menambat hati anak-anak.  Seronok tengok mereka makan dengan begitu berselera.  Bagi sesiapa yang mencuba, Lia ada sertakan resepi.  Selamat mencuba.

Resepi Bubur Beras Merah Enak

Bahan-bahan :
1 genggam beras merah
2 genggam beras putih
Carrot dipotong dadu
Potato dipotong dadu
Beberapa ekor udang (utk rasa manis)
Cube pati ayam knorr
Sedikit serbuk rempah sup adabi
Sedikit halia
Minyak zaitun
Ikan tenggiri (perap garam kunyit kejap n goreng)

Cara memasak :
Ikan tenggiri goreng dihancurkan isinya.

Basuh beras merah dan beras putih.
Isikan air yang banyak + kesemua bahan kecuali isi ikan dan minyak zaitun.

Apabila nasi dah kembang (dah jadi nasi bubur) masukkan isi ikan dan minyak zaitun.  Selepas itu, boleh dimakan.  Letak bawang goreng lagi sedap. :)

Inilah hasilnya.... Nyumm nyumm nyumm

I

# Dapatkan vitamin Shaklee untuk tambah selera makan anak anda.  Hubungi Lia untuk konsultasi dan harga.
Call/Sms/Whatsapp : 019-215 0710

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...