Skip to main content

Denggi Oh Denggi : Cara Alternatif Merawat Demam Denggi

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ni suami dah boleh kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti kerana demam denggi.  Alhamdulillah juga, hari ni juga Lia MC sebab suara mula tidak keluar, sakit tekak dan lenguh-lenguh badan setelah hampir seminggu menjaga suami dan anak yang demam :)  Maklumlah, bila Baby Tua sakit ni lain sikit gayanya.  Beban mula terasa apabila semua benda terpikul dibahu kita seorang.  Memang rasa tak sabar Baby Tua nak kembali sihat. Hihihi...

Denggi ni merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Tengok akhbar semalam pun isu denggi terpapar di muka hadapan surat khabar. Ia adalah jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang menyebabkan demam.  




Nyamuk Aedes


Minggu lepas, suami Lia disahkan demam denggi.  Kesian sangat tengok dia demam.  Dia jenis yang jarang sakit.  Kalau demam sikit-sikit tu biasanya tetap maintain cergas gitu.  Tak pernah tengok dia sakit macam tu. Dua tahun lepas, Lia dah pernah alami demam macam ni.  Tapi, time tu doc tak declare denggi, juz demam virus je.  Sakit sendi, pening dan keluar bintik-bintik merah kat badan masa tu.  Ngeri... Hihihi


Buat masa ni, masih belum ada penawar khusus untuk merawat denggi. Ia akan pulih dengan tindakbalas sistem imunisasi tubuh kita sendiri. Kadar kandungan air dalam tubuh hendaklah dikawal supaya tidak terlalu rendah, kerana denggi boleh menyebabkan kehilangan air.  Oleh sebab itu, doktor menasihatkan pesakit minum air kosong dalam kuantiti yang banyak.  


Semasa konsultasi dengan doktor hari tu, doktor kurang galakkan suami minum air 100 plus.  Sebab ada kandungan gula yang banyak.  Biasalah air bergas. Melainkan air 100 plus yang kurang gula.  Doktor galakkan minum air kosong atau jika tak lalu nak minum air kosong dinasihatkan minum air kelapa atau barli kerana ada sedikit perisa untuk tekak.  Jumlah air keluar dan masuk ni sangat penting bagi mengelakkan pesakit dehidrasi. 


Selain itu, terdapat beberapa kaedah alternatif yang Lia cuba sebagai ikhtiar untuk merawat suami.  Sayangkan suami mestilah ikhtiar segala macam kan! :) 


Rawatan Alternatif Merawat Suami Demam Denggi

  • Air Kelapa Muda 
  • Sup Ketam.  Petua orang tua-tua ketam nipah lagi bagus. Resipi Sup Ketam boleh rujuk sini.
  • Jus Daun Betik - tumbuk daun betik sehingga lumat dan saring untuk dapatkan jusnya.  Satu sudu kecil sudah memadai. Rasanya memang pahit.
  • Buah Kiwi - Potong atau buat jus
  • Jus Tembikai - Lebih bagus dimesin bersama bahagian yang berwarna putih. Buang kulit yang hijau je.  Resipi bapa mertua hasil pembacaannya
  • Air Klorofil 
  • Tidur Awal / Cukup - Tidur 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar di samping mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak. Terdapat hadis yang menyatakan tidur merupakan jalan kesembuhan. Sekiranya orang sakit boleh mendapatkan tidur yang berkualiti ia juga menjadi tanda penyakit akan sembuh, Insya Allah.
  • Suplemen Tambahan

Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Demam Denggi

Selain itu, Lia galakkan pesakit yang demam denggi mengambil suplemen tambahan untuk membantu proses penyembuhan.

Nutriferon
Nutriferon merupakan immune booster yang membantu meningkatkan tahap imunisasi tubuh bagi melawan penyakit.  Ia dipatenkan ekslusif bagi membantu mempertingkat interferon dalam tubuh.

Nutriferon amat disyorkan kepada mereka yang sering demam, selsema dan antibodi lemah bagi menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.



Performance Drinks
Performance Drinks dapat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.  Suhu badan yang tinggi boleh mengakibatkan berlakunya dehidrasi iaitu kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh.

Performance Drinks Shaklee telah terbukti dengan ujian klinikal.  Ia merupakan minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. 

Okaylah... itulah serba sedikit perkongsian Lia untuk hari ini.  Sharing is caring.

Bertindaklah sekarang sementara belum terlambat.  Selamatkanlah nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi boleh membunuh!

Apa tunggu lagi? Order sekarang!

Call/Whatsapp/SMS : 019-2150710
Shaklee ID : 921246

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik!

Kawasan COD : Cheras - Sungai Besi - Bukit Jalil 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...