Skip to main content

Apa itu Kolagen...

Kolagen (Collagen) adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim). Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.
Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. 
Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Tahukah anda dari mana sumber kolagen dalam suplemen yang ada di pasaran??
1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia       dan New Zealand
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari         banduan yang ditembak mati!
Oleh itu, pastikan kolagen yang anda makan/gunakan itu dari sumber yang halal. Kalau tidak pasti, sila tanya ahli farmasi yang bertugas, tentu mereka bersedia membantu (kalau mereka ikhlas).
Hati-hati! Terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan produk ini adalah diragui. Walau bagaimanapun, jika produk kolagen tersebut jelas berasal daripada `Seafood’ atau gamat atau tumbuhan, memang tidak diragukan halalnya. Kalau sumber selain daripada itu perlulah diselidiki sebelum dibeli/dimakan/digunakan kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat.

Sumber dipetik : TQ sitik.wordpress

Produk yang telah diketahui sah dari segi kehalalannya ialah Shaklee Collagen Powder (SCP) kerana ia diperbuat daripada sumber haiwan laut iaitu berasaskan kepada sisik ikan merah. 
Jika anda masih tercari-cari collagen yang halal dan berkesan SCP lah jawapannya.  Hubungi Lia segera untuk membuat pesanan sementara stok masi ada.  Insya Allah harga yang paling mengancam khas untuk pelanggan Liavendor Vitamin Shoppe.  

Salam sayang daripada Lia... Kecantikan adalah anugerah.. kecantikan adalah hak milik bagi setiap insan... peace :)

Call/Sms/Whatsapp : 019-2150710
Like page FB : Liavendor Vitamin Shoppe

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...