Skip to main content

Tegangkan kulit wajah dan kecutkan jerawat dengan Masker Vitamin C dan ESP Shaklee

Kaum perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.  Tidak hairanlah demi kecantikan mereka sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik.  Ada yang sanggup berhabis hanya untuk mendapatkan suntikan Botox, Vitamin C dan sebagainya.  Tetapi adakah selamat kelihatan cantik dengan cara begitu?  Bukan hanya memakan belanja yang besar tetapi juga side effect yang kemungkinan perlu ditanggung.  Fikir-fikirkan…

Jika anda mempunyai masalah kulit dan sedang tercari-cari produk kecantikan yang sesuai, jangan risau kami ada penyelesaiannya.  Caranya hanya dengan menggunakan Masker Vitamin C dan ESP Shaklee. Sangat senang dan boleh dibuat pada bila-bila masa anda free.  Dengan menggunakan Vitamin C Shaklee anda dapat mengembalikan ketegangan kulit wajah malah mengecutkan jerawat.  Vitamin C Shaklee ni special dan berbeza berbanding jenama lain di pasaran.  Vitamin C Shaklee dihasilkan menggunakan teknologi Sustained Release (pelepasan Vitamin C secara sedikit demi sedikit) dan ia mengandungi bioflavonoid yang merupakan bahan penting yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik. 

Vitamin C amat diperlukan untuk mengekalkan kecantikan kulit kita malah ia dapat merangsang pengeluaran kolagen.  Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan garis-garis halus pada wajah.  Banyak sebenarnya kelebihan Vitamin C ni, yang bestnya bukan hanya untuk dimakan tetapi boleh dibuat masker.  Kulit jadi tegang, jerawat jadi kecut dan kulit wajah makin segar.

Baiklah, pada kali ni Lia nak share cara membuat masker Vitamin C dengan ESP Shaklee. Kesannya yang menakjubkan dapat dirasai walaupun selepas kali pertama anda menggunakannya.  Itu daripada pengalaman Lia la ye :)  Selepas first time cuba masker Vitamin C dengan ESP Shaklee memang terasa kulit wajah makin tegang dan yang paling best jerawat mengecut.  Terus jatuh cinta tau.


Masker Vitamin C dan ESP Shaklee 
Cara-cara :
  •          patahkan Vitamin C Shaklee kepada 3 bahagian
  •          ambil 1 bahagian sahaja (lagi separuh simpan untuk lain kali)
  •       hancurkan Vitamin C tersebut
  •       masukkan 1 sudu susu segar
  •       masukkan 1 sudu ESP Shaklee
  •       kacau hingga rata
  •          sapukan masker tersebut pada seluruh wajah (yang telah dicuci dan kering)
  •       biarkan sehingga kering selama 20 hingga 30 minit
  •       bilas dengan air yang bersih
Tetapi ingat, untuk menjamin kejayaan anda mengembalikan ketegangan kulit dan mengecutkan jerawat syaratnya mestilah mengggunakan Vitamin C Shaklee. 

Kenapa? 

Sebabnya Vitamin C Shaklee ni semulajadi tanpa bahan pewarna dan perisa tambahan.  Malah cara penghasilannya yang menggunakan teknologi Sustain Release merupakan teknologi yang dapat membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan di mana hanya 100 mg Vitamin C dilepaskan ke dalam badan setiap jam.  Vitamin C kan sifatnya mudah musnah, bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan.  Itulah kelebihan Vitamin C Shaklee.

Okaylah, selamat mencuba ye kawan-kawan.  Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua especially yang nak tegangkan kulit wajah dan mengecutkan jerawat. 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee atau ESP boleh hubungi Lia tau.


Hubungi Lia:

Siti 'Aliah Mohamad Nor
Id No : 921246
SMS/Call/Whatsapp : 019-2150710 / 019-2281918
Facebook : aliahfiqlea
Email : aliahquseh@gmail.com

Minat nak join jadi member Shaklee, jangan malu jangan segan gitau aje Lia. 



* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Comments

Popular posts from this blog

Amalan Kesihatan Di Bulan Ramadhan

1. Berbuka Dengan Ruthaab, Tamar atau Air Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam...

Cun Melecunn Dengan Shaklee Collagen Powder (SCP)

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjengah ke page Lia nih... hihi Alhamdulillah, mata segar bugar walaupun bangun awal2 pagi lagi menyiapkan kertas soalan pekse budak2... aishh, nak isi SPPBS hazabb... slow sangat line nya ... huhu...  Sambil2 tu boleh la Lia share tentang 'kesukaan' Lia sejak dua menjak nih... hihik Biasalah kann, kaum pompuan ni tak dapat lari dari keinginan nak cantik-cantik sajork... betul tak Kak Chit?? Saya pon tak terkecuali lah kan... Mana yang boleh cuba kita cubaa... ikhtiar mana yang patot... yang penting benda tu tak memudaratkan kesihatan kita... Tak mau la suami bohsan nengok muka kita yang pucat n kusam sampaikan ada niat nak carik laen... Haiippp!!!   Yang kesian tu, ada pulak yang sengsara jiwa raga jadi kutukan MIL n SIL diorang tentang tak pandai jaga penampilan lah, muka pucat lah, kulit kusamlah, tak pandai menjaga diri lah... macam2 tau keluhan kawan2 yang Lia dengar... kesian dan sedih dengar kelu...

Basic H2 Organic Pencuci yang Selamat dan Berkesan Tanpa Bilas

Alhamdulillah, syukur kepadaMu kerana masih dipanjangkan umurku dan diberi nikmat untuk bernafas sehingga ke hari ini.  Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum anak-anak terjaga daripada tidur Lia mengemop rumah.  Haish, rumah oh rumah... 5 hari bekerja tak sempat nak berkemas sangat.  Kemas mana yang patot aje... Balik sekolah dah petang, penat. Rehat jap dah nak kena masak untuk makan malam pulak.  Kalau x larat beli je ataupun kalau En. Hb rajin dia akan tolong masakkan.  Kul 10:00 pm Nawfal dah mula merengek nak susu n nak tido. Masuk bilik kul 10:00 pm belom tentu dia tido terus.  Lastly, mamanya pon tertidu sama dengan anak.  So, seawal 3:00 am mama akan bangun semula utk buat apa yang patot.  Kalau terbangun la.  Kalo tak terbangun habis la jadual mama kamu ni... Bila diingat balik org perempuan ni mcm robot je kann... Banyak sangat kerja yang perlu disettlekan... kerja kat tempat kerja yang sentiasa ada n tak pernah habis n kerja2 as a wife...