Skip to main content

Badan Cergas dan Bertenaga dengan Set Berpuasa Shaklee

"Sahur ke?"
"Tak la, lapo. Bangun minum ESP? 😊

Ni kisah kul 3 pagi. Semalam tertido awal tak sempat supper. Biasanya, sebelum tidur kita minum Tamar Koko + ESP. Si Nayla pula kuat menyusu. Perut mama yang diisi dengan nasi arab waktu dinner semalam tak dapat nak menampung perut hingga ke pagi.

Sebut pasal sahur, terfikir pula bila nak ganti puasa yang berbaki lagi tiga hari. Baik cepat sebelum kena perli dengan encik shumi. 😥

Biasanya bila berpuasa, Lia memang akan bersahur dengan nasi. Tambah-tambah sekarang ni menyusukan baby Nayla. Risau juga susu drop bila ngepam. Selepas makan nasi, minum semug ESP + Tamar koko. Sambil duduk menunggu Subuh, kita togok la pula Performance Drinks yang dah siap bancuh dalam botol. Tu kalau bangun awal la. Kalau terlewat bangun, Lia tak risau sangat. Paling tak sempat pun minum ESP koko ke ESP susu ke pastu kunyah buah kurma. Insya Allah badan akan bertahan sampai berbuka.

Bila time berbuka, biasanya Lia suka minum jus fresh. Banyak khasiatnya lagi-lagi bila kita berpuasa.Tapi, jus ni bukan sebarang jus. Jus ni spesel cket sebab kita campur dengan ESP n Mealshake. Wallah, memang sedap tau. Macam-macam resepi jus boleh dibuat. Nanti Lia share resepi dengan korang.

Tu cara Lia untuk mengekalkan tenaga sewaktu berpuasa di samping nak maintain penghasilan dan pengeluaran susu badan. 😍

Lia ambil ESP, Mealshake dan Performance Drinks ni sebab ia sangat membantu kita kekal cergas dan bertenaga walaupun berpuasa. Detailnya;

ESP - Membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan. Ia juga membantu kita melapik perut dan menahan rasa lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut.

Oleh itu, ia sangat-sangat membantu mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati. Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu dan ini memastikan pengeluaran susu ibu tidak akan terjejas sepanjang berpuasa.

Mealshake - Sumber yang sangat kaya dengan kalsium dan fiber yang membantu kita mengatasi masalah sembelit sepanjang berpuasa.

Ia membantu memelihara kesihatan kita melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh badan yang selalunya sukar di penuhi ketika bersahur dan berbuka.

Performance Drinks - Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.

Bulan puasa dah dekat. Kalau nak cuba berpuasa dengan Set Berpuasa Shaklee ni boleh la. Semoga ia akan membuatkan badan kita BERTENAGA dan CERGAS untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan khusyuk. 😊

Ingatnya tahun ni nak ajar Nujaid puasa penuh.

Aliah
019-2150710

Comments

Popular posts from this blog

Collagen Selamat dan Boleh di Ambil oleh Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Lia terpanggil untuk share tentang salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi ibu-ibu yang menyusu aka breastfeeding mom.  Persoalannya ialah "Saya menyusuu... boleh ke saya makan Collagen ?"... Haa, cane nak jawab tu.... Garu kepala jugak jap...  Ok, lah...Sebenarnya Lia pon fully BF mommy... Yeayyy :)) dan Lia pon ada makan collagen. Alhamdulillah setakat ni non hado apa2 masalah.  Semata2 nak bagi jawapan yang ada keesahannya, makanya I sanggup U buat research utk U all semua.. hihik... gurau je tu.. Jujurnya Lia pon nak tahu juga apa kata orang yang lebih pakar tentang hal ni... Ibu-ibu menyusu macam kita-kita ni pon ada hati n perasaan gak nak chantek-chantek kulit tulus mulus kann... kihkihkih Hasil bacaan daripada research yang dibuat, rata2 pediatrician cakap BULEHH aje... Sebabnya collagen ni ialah sumber protein. Protein pula sememangnya diperlukan dalam penghasilan susu.  So, ia takkan gan

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak. Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema .  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit. Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema. Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa. 

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula n