Skip to main content

Tambah Nilai Susu Ibu Dengan Supplement Berasaskan Bahan Semulajadi

"Susu awak tak cukup zat ni. Sebab tu berat anak awak naik cket ja"

Mak aih. Sentap juga bila nurse cakap gini. Apa yang kita tahu susu ibu ialah susu yang terbaik. Suka hati dia pula cakap camni. 

Ini peristiwa dulu. Waktu check up anak sulung tika baby. Waktu baru bergelar seorang mama. Waktu ILMU breastfeeding masih cetek. Aci la kan kalau tersentap pun. Waktu ni, anak sulung hanya sempat menyusu badan lebih kurang dua bulan sahaja. Sedih dan rasa ralat sangat. 

Sebab tu, bila pregnant anak kedua, Lia dah pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun. So, semasa mengandung lagi Lia dah mula aktif cari info tentang penyusuan bayi. Alhamdulillah, dipermudahkanNya. Doa banyak-banyak dan hati perlu kuat dan kental. Insya Allah, berjaya.
Bila dikenang balik, ada betulnya apa yang nurse tu cakap 7 tahun lepas tu. Memang tak dinafikan susu ibu ni anugerah terindah yang diibaratkan sebagai Titisan Emas. Malah ia dinobatkan sebagai susu yang terbaik. Memang macam emas molekulnya.



Apa yang menjadikan ia kurang berzat yang dimaksudkan oleh nurse tu mungkin merujuk kepada pemakanan si ibu.

Konsepnya ialah apa yang dimakan si ibu akan dialirkan kepada si anak melalui susu ibu. Jadi, jika si ibu tidak makan makanan yang berkhasiat contohnya sayur tak makan, buah tak suka. Maka, adakah si ibu mendapat semua zat makanan yang diperlukan?

Dalam konteks sebeginilah pentingnya kita mengambil supplement. Supplement inilah yang akan membantu menampung keperluan zat yang tak mencukupi yang diperlukan oleh badan kita. Jom kita bagi nilai tambah pada titisan emas kita. 

Fahamkan konsep MENGAPA perlunya supplement dulu. Kemudian, perlu juga tahu nak ambil supplement ni untuk APA. Ketahui juga, APA bahan yang terkandung dalamnya. Adakah dari sumber NATURAL atau SINTETIK. Dah terjawab semua tu, carilah saya. Sumber natural keutamaan saya. 





Hubungi Lia untuk mendapat konsultasi percuma.

Whatsapp/Call/SMS : 019-2150710
ID : 921246
Facebook : Aliah Mohamad Nor

Inginkan harga menarik? Jom sertai kami sebagai ahli Shaklee. Memang berbaloi.. 

Comments

Popular posts from this blog

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak.
Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema.  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit.
Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema.
Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa.  Huhu…  Jumpa doc bi…

Merawat Kecederaan Buku Lali (Ankle Sprain)

Oh, my ankle!!! Malang tidak berbau…  semasa turun tangga untuk ke tapak perhimpunan Lia terbang tiga anak tangga jatuh terpele’ot gitu.Auchh, sakit sangat.Bila bangun rasa kaki sebelah kiri lemah sangat mcm lembik je.Ya Allah, apa dah jadi… Huhu, takde sesiapa pula yang ada kat situ nak minta bantuan.Rehat jap, try jalan boleh la jalan slow sambil terhenjut-henjut.Nasib baiklah kelas takde awal-awal pagi tu. Rakan-rakan guru suggest suh urut takut masuk angin katanya.Call En. Suami, beliau suh tuam dengan ais dan tak bagi kebenaran untuk diurut (Katanya dah bincang dengan fisioterapi sains sukan).Walaupun, berjalan terhenjut-henjut Lia tetap juga masuk kelas mengajar seperti biasa menunaikan tanggungjawab.Redha aje la. Mungkin ini, kifarah daripada Allah kepada ku.Sempat lagi masuk LDP i-Think petang tu.Hihihi…

Otw balik pada petang tu terus singgah klinik untuk dapatkan rawatan.  Doktor Nani pakaikan bandage kat kaki sebab kaki dah mula membengkak.  Mau tak bengkak, dah jatuh masih j…

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam.

Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan.

Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula nak bu…