Skip to main content

Impian Untuk Menjadi Mama Hebat

'Wow, hebatlah mama ni. Abang, hebatkan mamakan. Mama pandai lukis ultramann' 😎

Kih3 😂 Rupanya tak susah nak nampak hebat di mata anak kecil. Tapi, agak susah nak jadi seorang mama yang hebat kepada anak-anak.

Rasanya semua wanita yang bergelar ibu, mempunyai impian nak menjadi seorang ibu yang hebat untuk anak-anak mereka kan. Tapi, nak merealisasikannya tu agak sukar kerana ia merupakan sesuatu yang mencabar.

Memang banyak cabarannya tau. Especially bila berkait dengan keSABARan. Huish, perkara yang satu ni memang menguji sungguh la.

Walau apa pun cabarannya, itu semua alasan kita je.  Semuanya boleh diatasi dengan ILMU dan AMAL. First sekali, kalau nak jadi mama kool dan hebat ni kita perlulah banyak membaca buku berkaitan ilmu parenting. Ada satu buku yang Lia pernah baca berjudul 'Ibu Kool Bapa Hebat'. Seronok baca buku ni.. cara penulisannya macam baca novel. Recommended.

Selain tu, kita juga boleh follow mana2 page yang share tentang ilmu parenting. Jangan follow semberono je. Pilihlah page yang dimiliki oleh mereka yang memang pakar dalam bab ni. Contohnya page Ibu Rose - Mesejnya Kasih. 😘

Tak pun, kalau rajin dan ada masa terluang kita boleh juga join mana2 ceramah yang dianjurkan. Lagi afdhal kot. Macam ceramah anjuran Ustaz Ebit Lew ke. Tapi tulah, asyik ada je kekangan masa bila time nak attend majlis lagu ni.

Banyak lagi sebenarnya cara nak upgrade skill nak jadi mama kool dan hebat ni. Cuba yang ni pon dah bagus dah. Komfliknya adalah sama ada kita AMALkan atau pun tak. 😇 Kena pula, time anak meragam. Mama baru nak insaf nak jadi mama yang berilmu dan guna psikologi bagai. Pujuk 2-3 kali tak jalan mama bertukar jadi HULK balik 👹

Takpe, kita apply perlahan-lahan sambil belajar. Banyak lagi yang nak kena belajar ni. Dapat pula "Suamiku Encik Kaunselor".  Asyik kena perli aje. Mama ni share macam2, tapi kesudahannya jadi HULK juga. Insaf 😩

Sharing is caring😊

Shaklee Distributor,

Aliah
019-2150710

#tsunamishaklee
#tsunamiinfinity
#impianhidup
#muhasabahdiri

Comments

Popular posts from this blog

Collagen Selamat dan Boleh di Ambil oleh Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Lia terpanggil untuk share tentang salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi ibu-ibu yang menyusu aka breastfeeding mom.  Persoalannya ialah "Saya menyusuu... boleh ke saya makan Collagen ?"... Haa, cane nak jawab tu.... Garu kepala jugak jap...  Ok, lah...Sebenarnya Lia pon fully BF mommy... Yeayyy :)) dan Lia pon ada makan collagen. Alhamdulillah setakat ni non hado apa2 masalah.  Semata2 nak bagi jawapan yang ada keesahannya, makanya I sanggup U buat research utk U all semua.. hihik... gurau je tu.. Jujurnya Lia pon nak tahu juga apa kata orang yang lebih pakar tentang hal ni... Ibu-ibu menyusu macam kita-kita ni pon ada hati n perasaan gak nak chantek-chantek kulit tulus mulus kann... kihkihkih Hasil bacaan daripada research yang dibuat, rata2 pediatrician cakap BULEHH aje... Sebabnya collagen ni ialah sumber protein. Protein pula sememangnya diperlukan dalam penghasilan susu.  So, ia takkan gan

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak. Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema .  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit. Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema. Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa. 

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula n