Skip to main content

Bersedekah untuk Murahkan Rezeki

"Mama, nanti mama beli kereta gemuk yang besar.."
"Mama, abang nak rumah yang besar pastu ada kolam..."

Besar sungguh selera anak bujang mama ni. Tu selera budak, inikan pula selera kita yang dah dewasa ni. 😍

Tak salah nak berimpian besar. Bukan ke apa yang kita fikirkan juga satu doa. Apapun semua tu berkait rapat dengan rezeki dan usaha. Nak murah rezeki ada caranya. Antaranya yang Lia cuba amalkan ialah melalui Sedekah.

Jika kita tak biasa memang rasa berat je nak bersedekah. Rasa sayang je kan.. So, salah satu cara yang Lia buat untuk biasakan diri memberi ialah melalui 'Sedekah Subuh'. Mesti korang dah biasa dengar kan. Sediakan satu tabung then setiap selepas Subuh kita masukkan duit sedekah ikut kemampuan. Mula dengan jumlah yang sedikit dulu. Pastu makin lama nanti up kanlah jumlahnya.
Ajak dan ajar anak-anak lakukannya. Jadikan ia sebagai amalan sefamili. 😃 

Alhamdulillah, sekarang ni anak-anak dah suka bersedekah. Jumpa je orang yang minta sedekah dimintanya duit dengan kita sampai kita bagi. Kalau sepuluh orang, sepuluh kalilah dimintanya duit nak bersedekah. 😻
Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan. Tak rugi pon malah rezeki kita makin bertambah. Insya Allah. Moh ler kita...

Sedekah membawa rezeki yang berlipat 700 kali.

Perhatikan janji Allah pada ayat ini "Perumpaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang mengeluarkan nafkahnya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tipa butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunianya) lagi Maha Mengetahui" (Al Baqarah : 261).


Ni rupanya tabung sedekah subuh kitorang

Hubungi Lia untuk mendapat konsultasi percuma.

Whatsapp/Call/SMS : 019-2150710
ID : 921246
Facebook : Aliah Mohamad Nor


Inginkan harga menarik? Jom sertai kami sebagai ahli Shaklee. Memang berbaloi.. 

Comments

Popular posts from this blog

Collagen Selamat dan Boleh di Ambil oleh Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni Lia terpanggil untuk share tentang salah satu perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi ibu-ibu yang menyusu aka breastfeeding mom.  Persoalannya ialah "Saya menyusuu... boleh ke saya makan Collagen ?"... Haa, cane nak jawab tu.... Garu kepala jugak jap...  Ok, lah...Sebenarnya Lia pon fully BF mommy... Yeayyy :)) dan Lia pon ada makan collagen. Alhamdulillah setakat ni non hado apa2 masalah.  Semata2 nak bagi jawapan yang ada keesahannya, makanya I sanggup U buat research utk U all semua.. hihik... gurau je tu.. Jujurnya Lia pon nak tahu juga apa kata orang yang lebih pakar tentang hal ni... Ibu-ibu menyusu macam kita-kita ni pon ada hati n perasaan gak nak chantek-chantek kulit tulus mulus kann... kihkihkih Hasil bacaan daripada research yang dibuat, rata2 pediatrician cakap BULEHH aje... Sebabnya collagen ni ialah sumber protein. Protein pula sememangnya diperlukan dalam penghasilan susu.  So, ia takkan gan

Eczema Oh Eczema... Apakah Penawarnya..

Eczema oh eczema…. Pasti semua orang dah tahu ape itu eczema kan… Sejenis penyakit kulit yang seringkali menyerang bayi atau kanak-kanak. Eczema juga dikenali dengan Atopic Dermatitis atau Atopic Eczema .  Eczema akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kemerah-merahan, merekah, kering , berair atau bernanah bergantung kepada keadaan pesakit. Sebelum ini, Lia hanya dengar dan lihat mengenai penyakit eczema.  Kali ni, Lia sendiri rasai sendiri betapa sukarnya apabila anak dijangkiti penyakit kulit kronik ini.  Alhamdulillah, keadaan Nawfal dah semakin baik dan Lia terpanggil untuk berkongsi serba-sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang mengendalikan anak yang dijangkiti Eczema. Semenjak lahir sehingga berumur 7 bulan Nawfal tidak pernah mengalami masalah kulit.  Kulitnya halus dan cantik seperti bayi-bayi lain.  Masuk 8 bulan kulit Nawfal mula bermasalah.  Pantang digigit nyamuk kulitnya bukan hanya kemerah-merahan tetapi melarat sehingga timbul biji-biji air yang berbisa. 

Resipi Sup Ketam Yang Menaikkan Selera Orang Sakit

Resipi Sup Ketam ni suami Lia yang ajarkan.  Tak pasti pula mana dia dapat, tapi memang sedap dan terangkat.  Resipi ni sebenarnya dia gunakan untuk masak Sup Ikan Haruan sewaktu Lia berpantang anak kedua dulu. Memandangkan minggu lepas suami demam denggi, Lia pula masakkan sup ketam untuk dia. ;)  Masak guna resipi ni baru suami ada selera nak makan sup ketam. Memasak ikan darat, ketam atau makanan laut yang hanyir ni kita perlu tahu cara mencucinya supaya tidak berbau hanyir bila dah dimasak.  Jika tidak, makanan yang dimasak akan masih berbau hanyir dan tidak dapat dimakan. Setiap orang mesti ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan bau hanyir. Biasanya, kalau mencuci ikan atau ayam Lia gunakan limau kasturi.  Memang hilang bau hanyir tu.  Tapi untuk cuci ketam atau ikan darat Lia lebih suka menggunakan air asam jawa.  Baru suami boleh makan dan hilang bau hanyir katanya.  So, cuci betul-betul dan make sure takde bau baru masak ye.  Nanti ada yang tak nak makan sayang pula n